Popular Posts

kisah-kisah kue

Berabuk...Berabuk...Haishhh

16 October 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan selamat tengah malam buat semua...


Agak lama jugak aku xmengupdate blog aku nie..memang benar agak lama..bersawang-sawang dah aku nengoknye...aduhaiiii..nak buat macam mana..dalam bulan nie dan ketika ini aku agak sibuk dengan kerja...kerja dan terus bekerja sampai xdak masa nak menghadap laptop untuk online dan menghupdate blog aku nie..


wahai encik blog...maafkan daku kerana sudah lama tidak menekan2 kekunci keyboard untuk menaip2 pada dirimu..


tidak ketinggalan wahai encik facebook..samalah jugak maaf ku pohon seandainya dah xmembelek2 mu..


Dalam kesibukan kerja2 nie, sempat jugak aku menanam cita2 yang tinggi..haha."NAK JOIN MARATHON"..mak aiii, joging pown malas ada hati nak join marathon..tapi alhamdulillah dalam bulan nie dah 3x aku melatih diri aku nih..baru bermulanya peringkat permulaan...


pringkat : permulaan
lokasi : mengkuang dam
jarak : 1 pusingan lengkap ulang alik dari hujung titi hingga ke hutan.
masa diambil : 40 minit


rekod peribadi bagi permulaan joging yang agak teruk aku rasa..haha..tengok uncle2 yang berselisih dengan aku, joging dah macam lari "selamber jer punya laju"..walaubagaimanapown latihan akan terus dijalankan bagi memecahkan lagi rekod peribadi dari 40 minit kepada 30 minit..InsyaAllah..hehe


Oklah aku nak tido sebab pagi nanti nak g kerja..OT pulak dah..xper2 kerja pown 1 ibadah jugak..selamat malam dan assalamualaikum wbt..=)





Gua penat la brader..

17 September 2011 · 2 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..Salam 1 Malaysia buat semua..


Bulan September merupakan bulan yang cukup sibuk bagi aku..dengan OT yang bersepah, kerja pown agak bersepah-sepah jugak nak diselesaikan..No more cuti lepas nie sampai hujung bulan..Lama-lama kepala pun boleyh naik pening dan bermulalah kejadian keguguran rambut..haha..


Bak stail cakap Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah + Dato' Dr Siti Nor Bahyah :


" Dengan hati yang tenang ya dan jiwa yang lapang, kita mesti pegang pada 1 prinsip ya Anda buat anda dapat "


Aisyeh..bergabung-gabung pulak ayatnyer..hehe..Pegang jugak kata-kata yang diucapkan oleyh Cik Siti Haslina Hasni nie, kerja pun 1 ibadah jugak..So, xleyhla nak merungut sangat..Dalam usia yang muda lagi nie, gunakan sehabis banyak kuderat yang ada untuk bekerja..Nanti dah tua xlarat dah..Esok perjalanan aku bekerja akan diteruskan lagi..Kena siapkan juga control panel plc system untuk sub line conveyor yang baru, kena pasang bagi siap-siap..Lepas tue nak sambung pasang wayer-wayer untuk robot yang nak ubah kedudukan..Sabtu dan ahad nie memang waktu genting bagi aku..Bermula minggu depan pula aku nak kena selesaikan jadual dan servis air-cond dan juga buat semakan "stock take" awal-awal sebelum hujung bulan nanti..OMG sangat letih dirasai..Chaiyok-chaiyok..






p/s : Kena reja kuat baru leyh kumpoi duit nak hidup berkeluarga..hehe..=P









LahTube dan Ketam Transformer nya..

11 September 2011 · 0 tengah goreng


Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia..

Sebelum cakap pown xguna tendang pown xkena..jom ramai2 likes page LahTube nie dulu..
 

Bagi yang perasan tajuk entri tue dan dah like pages LahTube kat fb mesti dah tahu status terbarunya..mengenai ketam transformer...haha..kelakor habis dibuatnya..dan paling best bila ramai yang turut menyertai dengan pelbagai nama diberikan pada si mangsa ketam tue..huhu.

Jom kita tengok cikit bakat2 lawak dan kreatif mereka...



dan banyak lagi nama2 pelik yang diberikan..pecah perut aku gelak..hehe.=).siapa dapat bagi gelaran nama yang best dan bayak likes akan diberikan topup RM10..cepat2 sebab xlama lagi topup akan jadi RM10.60 dah...hehe.


p/s : aku tertarik dengan menda yang dibuat nie sampai nak masukkan dalam blog aku..menda simple tapi cukup menghiburkan..tabik spring lah sebab dapat idea2 gnie..huhu




kalo cOuple mesti ceginie kan..??

· 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia


Berkenaan tajuk entri aku kali nie..mungkin dah bosan mendengarnya dan juga dah bosan melihatnya...haha..kalau ada terberkaitan dengan sapa2 tue mintak maaf yerr..just suka-suki je nak sembang2 kat sini dikala cuti2 yang terbiar kosong nih..Oklah, memang dah kebiasaan kita melihat pasangan2 dua sejoli, tiga joli dan berjoli2 nih kan..ada yang belasan2 tahun, dalam era 20-an dan dibangku sekolah rendah pown dah ada skunk nie..tapi pernah tak kita perasan tabiat yang selalu pasangan2 couple nie buat..??meyh kita singkap sedikit sebanyak...aisyehh dah macam misteri nusantara plak..hehe

  • keluar dating (memang femes menda nih..keluar dating jauh2 lak tu takut kantoi ngan kawan2 or family)
  • tengok wayang (tengok xpa jangan membuat wayang plak yerr..xmow2)
  • naik moto berdua (yang nie couple golongan remaja..jangan xnak ngaku lak)
  • jalan pegang tangan (oppppsss...bahaya nie kalo diterjah org2 penjegah maksiat..)
  • pakaian nak sedondon (trend skunk..semua nak sama..u jump i jump la katakan)
  • fb in a relationship with ..........., gaduh cikit terus tukar jadi single / widowed / it's complicated / separated / divorced (yang nie memang jelas lagi nyata berlaku..kan2..??)
  • abang..sayang..baby...ucuk...mama...papa... (uwahahahaha...tataw nak crita macamana..rasa geli2 sendiri la k)
  • bergambar bersama (yess..sangat romantik,fantastik,pensel tiktik bagai..tapi duduk renggang2 xmow pegang2 taw..xmow2 nanti mak marah)
  • hp/laptop background image mesti gambor pasangan (alasannye nanti kalau rindu buleyh tengok selalu..jauh dimata dekat dihati..euwwww..)
  • bergayut/mesej 120km/j non-stop (xlekang dengan hp..sampai tengah u..uuk..pown hp masih ditangan..=P)

p/s : apa yang tertulis ad gak terkait ngan ak..kuang3x..ap2 pown berfikir sejenak..sebelum kahwin..semuanya indah belaka..kentut pown bau wangi..huhu..=P..lepas kahwin..kekalkah keromantikan sebegitu lagi..??


Nak hp barula...=)

10 September 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..

Lama dah xupdate blog nie..harinie berkesempatan nak update blog sebab harinie aku amik anual leave..saja nak merehatkan badan dari kerja..so, adala masa untuk aku nak update blog..Ok untuk entri kali nie, macam biasalah tiap2 bulan mesti ada ja benda2 yang aku ngidam nak beli..dulu mengidam nak rembat moto lagenda..sekarang dah dapat..kali nie aku nak rembat hp lak..hp apa yang aku nak rembat tue..??

SAMSUNG GALAXY ACE

warna putih
warna hitam

Nie ha HP yang aku ngidam untuk bulan nie...sebab harga dia adalah harga yang mampu untuk aku dapatkan..haha..sebenarnya bajet pown ciput ja..pikir punya pikir, nie keputusan yang terakhir untuk memilih hp nie untuk dirembat..simple design dan yang paling penting skrin die besar..

So, antara 2 kaler yang ada...agak2 warna apa yang best dan cantek..nak amik putih aku takut cepat kotor ja..huhu..bagi aku warna hitam ok kot..tapi selera aku kadang2 pelik cikit..yang orang xsuka tue yang aku suka...haha..



p/s : InsyaAllah hujung bulan nie aku nak rembat hp nie...cumanya aku tataw katna nak rembat area2 penang..jarang sangat2 ronda2 ushi hp..so, xtahu kat mana yang ok..GITAR..??alamak, terpaksa dilanjutkan lagi sbulan untuk gitar..sabor2..haha..



gempa bumi..??

06 September 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt...
Gempa bumi baru saja berlalu jam 1:50 am waktu Malaysia tadi..lebih kurang jam macam tuela..aku pun xsempat nak tengok jam betoi2 sebab bila rasa gegar aku terus melompat dari atas katil n keluar g kat ruang tamu..Melalui teman2 di facebook, gempa yang dirasai berpunca dari 1 gegaran yang berlaku di sumatra Indonesia..Info macam kat bawah nie..atau klik link nie (EARTHQUAKE) untuk lebih lanjut..


nie berdasarkan info yang aku dapat dari link yg kawan aku bagi..

Kawasan2 yang turut merasai gegaran

Ini diantara respon2 yang dicatat setakat jam 2:30 pagi tadi..


So, apa2 pown pagi nanti tengok berita untuk lebih kepastian apa yang berlaku..Hope tiada kejadian Tsunami yang berlaku..Time2 pagi nie suma pakat dok tidoq abih dah..




p/s : seram gak rasa tadi..sebab aku dok umah flat tingkat 10 lak tue..tiba2 goyang, ingatkan pala aku yang ting tong sebab baru balik dari reja..adoiiii...





Rayer 2011 camne rasanya..??

01 September 2011 · 1 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia

"  Sebelum apa2, baek sekiranya aku mengambil peluang nie untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri dan juga hari kemerdekaan bagi tahun 2011 ni..Mengharapkan pada hari raya kali nie memberi 1000 kemaafan buat kita semua.."

Oklah berbalik kepada tajuk entri kali nie..Rayer 2011 camne rasanya..?? adakah berasa pahit, manis, masin mahupown tawar dan hambar..??huhu..bagi aku rayer kali nie hanya sederhana..tidaklah semeriah dahulu..segala kelengkapan rayer pon hanya sederhana...Rayer tahun nie pown aku hanya beli baju jew 2 helai...yang lain semua barang2 tahun2 yang lepas..bukannya apa, rasa macam biasa2 ja tahun nie..mungkin atas faktor peningkatan usia yang dah mencecah 22 tahun nie membuatkan mood untuk berayer dah kurang...(aiseh baru 22 tahun, buat macam tua sangat...haha)..=P

Rayer pertama tahun nie aku juz pergi berayer beberapa rumah ja...tue pown sebab follow kawan2..dalam 4 buah rumah ja..Rayer ke-2 memang aku duduk rumah sampai ke petang..pukul 5 baru aku gerak merempit ke Pulau g rumah member aku kat sana sorang2..1 rumah ja pown then trus balik rumah..memang bosan sebab tak tahu nak p mana...nasib baikla ada moto, boleyh gak aku jenjalan pusing2 cikit walaupown sorang2 aku memang tarak hal punya..memang jenis perangai aku, sorang2 kalo nk g tengok wayang ka, nak g jalan2 makan angin ka aku memang boleyh ja...janji hati aku tenang..

InsyaAllah rayer ke-3 kalo xdak apa2 hal, aku ngan family akan singgah berayer kat kampung..dah bertahun2 aku xbalik berayer kat kampung sejak aku dr tingkatan 3 lagi..pejam celik dah hampir 7 tahun aku xberayer kat sana..dan dah lama gak aku xpergi ziarah kubur arwah akak aku kat kampung tue..hope esok dapatlah buat semua tue dan dipermudahkan segalanya...



p/s : Salam Aidilfitri buat semua..maaf zahir dan batin dari aku Muhamad Zairi Bin Marzuki..=)



doodle #1

23 August 2011 · 1 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam ramadhan buat semua teman2..


Dalam minggu terakhir ramadhan nie, di blog2 asyik menonjolkan kartun2 Doodle dorang yang chumel2..Aku sendiri tengok on terasa chumel..hehe..Aku xpandai nak buat sebenarnya dan baru ja nak belajar..So, aku pon cuba buat 1 Doodle raya menggunakan paint sebab aku memang taw guna paint ja...haha..Xpew2, baru nak belajar kan..??


Hasilnyerrrr.....
yang nie aku buat seiras2 insan tersayang siti haslina hasni..
mengenakan pakaian berwarna purple, warna kesukaan..
sukew tak sukew tak..hehe



p/s : apa2 pon thanks buat blog nieyxzhazlan kerana bagi aku ilham untuk buat kartun doodle sendiri nie..=)





Berbuka bersama Geng Maintenance..

21 August 2011 · 0 tengah goreng


Assalamualaikum wbt dan salam ramadhan ke-21..

Alhamdulillah segala yang dirancang pada awal bulan terlaksana juga akhirnya..Plan lokasi diset oleh Mr Zaki kat Puncak Mutiara Cafe Kg. Pelet..Geng2 maintenance seramai 16 orang telah join venture, ada lagi yang xdapat datang atas sebab2 yang tertentu..Walaubagaimana pun makan tetap makan..hehe..Menu dihidangkan secara buffet, so layan diri lah yerr...Menu yang jadi rebutan semesti daging kambing bakar..memang terbaek sebab jarang aku dapat makan kambing bakar nie..

   
 Hidangan yang bakal aku berbuka bersama nanti dan yang sebelah kanan pulak hidangan berbuka member aku..bapak penuh 1 pinggan..haha

   
 yang lain tengah berborak sambil melayan perasaan sementara menunggu waktu berbuka

 selesai sudah...jauh berbeza pinggan atas meja sebelum dan selepas berbuka.."semakin bertambah berganda2"..=P



p/s : selesai sudah...kenyang makan kambing..haha..esok start reja balik sampai hari sabtu..shift petang la pulak..xpela layan jerrr..




Harimau Malaya dah sampai...!!!

18 August 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia...
Alhamdulillah dah puasa ke-18 hari nie..pejam celik kejap ja..Ok lah harinie ada perkhabaran gumbira buat aku..Balik2 reja ja tadi mak aku hulur sekeping kertas..Pos Laju punya kertas mintak g tuntut barang kat pejabat pos..Apakah..?? wahhh, t-shirt Harimau Malaya dah sampai la der...TERBAEK!!!...


Thanks buat Sri D' Lara Sdn Bhd..
bergambor sebentar bersama T-shirt baru..=)

   
 sangat ganas kan..?? suke tak sukew tak...


p/s: sangat suke..lepas nie menanti 2 t-shirt lagi dr blog 9akal dan juga t-shirt group 3G(gengz gila-gila)..xsabor2..=)







Beliau milikku selamanya...

16 August 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt...

xmow citer panjang2 juz nak cakap "beliau dah jadi milik teman" pada tarikh 
16-08-2011...sekian terima kasih

ZR (Z-Rey) bagi nama cikit2 cam nama aku..haha
~ PKF6416 ~



p/s : dapat2 moto, kad yang tauke kedai bagi tercampak kat mana entah sedangkan kad tue penting sbgai rujukan masa nak bayar tiap2 bulan nanti...adoyaiiii..



Lee Chong Wei mara bergaya ke FINAL

13 August 2011 · 0 tengah goreng


Salam sejahtera buat semua..
B W F
W O R L D   B A D M I N T O N
C H A M P I O N S H I P S
L O N D O N   2 0 1 1

Sebentar tadi baru sahaja tamatnya bertemuan perlawanan separuh akhir badminton di antara Datuk Lee Chong Wei (MAS) menentang Chen Jin (CHI) yang berlangsung di Wembley Indoor Arena di London dengan kemenangan berpihak kepada DLCW dengan kemenangan straight set (21-13, 21-9) dalam masa 43 minit..DLCW mara dengan bergaya ke final yang bakal berlangsung keesokan harinya..Menanti pencabar beliau di final nanti sama ada Lin Dan (CHI) ataupown Peter Hoeg Gade  (DEN) yang bakal bertemu dianggar jam 2 pagi nanti waktu Malaysia..Sama2 kita menyokong kemaraan DLCW di final nanti..Malaysia Boleyh..!!!


Datuk Lee Chong Wei
(Malaysia)
VS
  OR  
       Lin Dan                                 Peter Hoeg Gade
(China)                                     (Denmark)

MILIK SIAPAKAH KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011
 KALI INI



FacebOok..InGat lAgi X??

· 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..Sementara menunggu berbuka puasa 2 jam lagi (lambat lagi tu,buat-buat ayat macam lagi 1 minit nak berbuka), nak tanya lah sedikit kat korang..Semua mesti ada akaun facebook sendiri kan..?? tipulah kalau kata tak ada sebab budak tadika pon dah pandai berfacebook2 ni..


Soalan nya berbunyi : Ingat x facebook korang siapa yang tolong buatkan..?? ker korang yang buat akaun sendiri..??

Kalau aku yang jawab : Jawapanya ialah..jeng..jeng..jeng..

Sebenar-benarnya akaun facebook aku bukan aku yang buat..aku mintak kawan aku sorang ni yang buatkan sebab masa tu aku memang tak tahu langsung nak guna pakai menda alah facebook ni..dengan tulus ikhlasnya beliau telah membantu aku buatkan akaun baru tanpa sebarang kos pendaftaran mahupun kos upahan..huhu..Beliau adalah Nurul Aqilah Bt Suhaimi atapun lebih femes dipanggil cik nini..

Macam pernah tengok lak kan..??..beliau nie adalah pemilik blog Diaryy Misz Nini..ada tuh tersenarai dalam frenz blog kat blog aku ni..hehe..cun melecun x..??nak NGORAT..??eh2 xbuleyh na sebab beliau sudah berpunya..xgitue Cik Nini..haha..apa2pun sudi2 singgah ke blog beliau yerrr...


Soalan yang ke-2 berbunyi : Siapa yang memulakan @ menghasut korang untuk membuka akaun facebook ni..??ayat cam xpuas hati je kan..hehe

Kalau aku yang jawab : Jawapanya ialah...jeng...jeng...jeng...

Beliau nie seorang perempuan juga..Bekas teman sekelas waktu aku di sekolah menengah lagi..Cun kah..??beliau memang cun melecun tetapi awas, dilarang NGORAT taw..mak dia marah t baru taw..haha..Beliau diberi nama Nurul Hidayah Bt Mohd Zim atau lebih dikenali sebagai Dayah..

Yang ni pun macam pernah tengok ja kan..?? tersenarai juga dalam list frenz blog aku tu..kunjung2lah ke halaman blog beliau nanti yer SWEET CANDY yang semestinya sweet sangat2..hampa buat baiklah dengan dia sebab nanti raya dia akan jemput korang datang makan SATEY dekat rumah dia..huhu..



p/s : Angkara mereka 2 ni lah aku asyik menghadap laptop bukak facebook..haha. tapi xpa syiOk gak nO..=)




Piala Malaysia 2011.."MILIK SIAPA"

· 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia...


Sekarang nie bermulanya kempen Piala Malaysia akan bakal berlangsung tidak lama lagi..Aku cukup tertarik dengan semua design2 yang dah dibuat oleh para2 penyokong liga tempatan nih...memang styloo..korang nak tengok leyh tekan sini "HARIMAU MALAYA"..kalau nak buat wallpaper kat lappy korang pon boleyh..NO HAL punyalah..leyh ushi dulu kat bawah nie..kalau berminat..."KLIK GAMBAR TUE YERRR"..anda akan dibawa secara terus menerus ke pages Harimau Malaya Piala Malaysia Corner..downloadlah dan terus menyokong liga tempatan..=)

KLIK PIC ATAS NIE...


TANAH TUMPAHNYA DARAHKU


p/s : teruskan menyokong liga bola sepak tempatan..penyokong ibarat nadi kepada kebangkitan bola sepak tanah air..


~ K.O.S.O.N.G ~

· 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..

Malam nie tiada apa yang ingin aku tulis..Cuma mengharapkan segalanya hari esok adalah lebih baik dari hari ini dan hari-hari yang sebelumnya..hidup perlukan perubahan, perubahan itu memerlukan pengorbanan dan juga sokongan..keyakinan dan kekuatan untuk melakukan perubahan itu adalah perlu..xsama dengan cari follower dekat facebook mahupun Blog.."I follow,U follow I back"..perubahan atas dasar follow2 ini tidak akan kemana jika hati berkata TIDAK..lakukan perubahan atas dasar niat diri sendiri untuk berubah..

"Doakan sama perubahan ku wahai teman2 semua..
Aku memerlukan sokongan dari kalian.."


p/s : Aku mahukan perubahan dan aku AKAN BERUBAH..=)


Duit raya...Duit raya...

11 August 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia..


"Duit Raya"...eh awalnyer diperkatakan tentang duit raya sedangkan hari nie baru Ramadhan ke-11..huhu..tambahan pulak aku pun dah umo 22 tahun...mane lagi nak dapat duit rayer..MUSTAHIL kan..?? memang sangat MUSTAHIL tapi kalau nak kuarkan duit bagi duit rayer tue memang XMUSTAHIL la..haha..


xnak ke duit rayer cam nie..?? 
bagi adik2 bawah 10 tahun tue memang cukup seronok la kan..?kan..?

YANG NIE XNAK GAK KE..??

Sebenarnyer tajuk entri aku nie xdak kena mengena pon tentang duit rayer yang macam kat atas nie..haha..Yang sebetulnya aku bulan nie kena buat OT 4x..so, dapatla tambah cikit pendapatan untuk bulan nie..tue yang jadi modal duit rayer cikit nanti..Alhamdulillah sebab dipanggil untuk buat OT...letih memang letih tapi apakan daya, nak cari duit lebih punya pasal terpaksala bekerja keras cikit..


p/s : So, bagi cik kak dan cik abang, pakcik dan juga makcik..bulan nie reja keras la cikit na..banyak nak dibelanjakan untuk family2 nanti..huhu.Bulan Ramadhan nie rezeki melimpah-limpah kater ko..Reja2 jugak tapi amal jangan dilupa yerr...k salam.=)





mimpi-mimpi lagi

09 August 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan selamat tengahari...


Aku pown xtahu kenapa harini ja lepas balik reja, aku tidor dalam pukul 1.30am tadi sehinggalah subuh tadi, dah 2x aku mimpi perkara yang sama..hurmmm, adakah ianya semakin hampir untuk terjadi..jeng...jeng...jeng...
3 bulan yang lepas aku ada merancang untuk tukar moto baru tapi xterhasil sebab masalah kewangan cikit..macam2 nak guna..so, terpaksalah bertangguh dahulu..simpan sikit2..sebulan rm500..sekarang dah ada rm1000..bulan nie, insyaAllah kalau xdak apa2 halangan, pertengahan bulan nie..(minggu depan) aku nak angkat seijik moto lah..


Mimpi aku sampai 2x tue pown berkaitan ngan moto la jugak..2x woo aku mimpi nek moto baru (moto yang sama aku nak beli lak tue)..yang xleyh belah , entah sampai ke mana aku bawak moto tue g jenjalan aku pown tataw la..macam kat tepi gunung, tapi ada pulak laut, yang paling pelik aku parking kat tempat "bas dan reta"...haha. tak masuk akal betollah.."mainan tidur" kuat sungguh aih..


Mengharapkan minggu depan aku x terkecuali untuk menerima bonus raya..ada yang cakap dapat, ada yang cakap maybe xdapat...tapi aku mengharapkan dapat la..kalo dapat, cepat cikit aku angkat itu moto..kalau tak, asyik bertangguh ja..nampak gayanya xjadi la la angkat...huhu..


k, maw layan TV jap..ada rancangan masak "Ketuk-ketuk Ramadan" bersama sheila rusly..artis jemputan "Pak Yus Jambu" lak tue..12.30pm..jom pakat2 layan...





tupai...oOo..tupai

06 August 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam ramadhan buat semua..

Malam nie nak citer sikit tentang haiwan nie.."Tupai Prairie"..sebab tapi masa bukak puasa adala tengok citer haiwan2 nie kat TV1..tertarik lak aku dengan gelagat si tupai nie..kelakar dan sangat chumel...


Nie adalah tupai prairie tergolong dalam spesis tupai tanah...tupai nie hidup di kawasan padang Amerika Utara..seperti dalam episod tadi, lubang tempat tinggal tupai prairie nie sangat besar dan kadang-kala bekas2 lubang tupai nie akan didiami oleh haiwan2 yang lain..

Chumel x keluarga si tupai nie..huhu..berdiri dua kaki lak tue..kelakar tol...




p/s : teringin plak nak bela binatang yang kecik dan chumel2 nie..huhu



hujan yang turun bagaikan mutiara

03 August 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..salam ramadhan ke-3 ya..

Nak diceritakan hari nie memang cukup panas cuacanya di pagi hari..sampai tengahari perghhhhh...terik bebenor kata ko..reja aku harinie lak asyik panjat tangga sana sini, perghhhhh lagik memang letih kata ko..dahaga bukan nak cakapla..tapi Alhamdulillah atas cikit tengahari hujan turun cikit dan lewat petang tadi dalam 6.30pm pown hujan turun sampaila skunk nie..sejuk cikit suhu kat sini..hehe..tapi sejuk2 gak, aku pown xterkecuali basah lencun..salah target lak arinie kuar g bazar ramadhan xpakai sweater..target panas, last2 hujan.."Terbaekkkk!!!"..

Apa2 pown selamat berbuka ya..menu berbuka aku harinie "masakan mak" dan "air jus epal" sebungkus..harap maklum..haha..peace yaww...=)



Puasa dihari yang pertama

01 August 2011 · 0 tengah goreng

Ku mengharap kan Ramadhan kali ini penuh makna...
Agar dapat ku lalui dengan sempurna..

Assalamualaikum wbt dan salam 1 malaysia...alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana diberi peluang lagi kepada kita semua untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini..Bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan..Buat pertama kalinya juga pada tahun ini, aku berpuasa dalam waktu dah bekerja..hehe..kalau tidak puasa bersama teman2 sekampus..kali nie berlainan cikit..


Seperti biasa apabila tibanya Ramadhan nie, bazar2 penuh dengan pelbagai jenis makanan..Orang pown jangan dikata lah..penuh xterkata dan aku cukup tertarik dengan ayat seorang budak nie, selisih dengan aku masa kat bazar Ramadhan tadi..


"Aku tengok orang kat bazar nie beratoq nak beli makan dah macam nak beli tiket tengok bola dah"...


Haha memang lawak tol..Tapi memang betullah cakap dia tue..memang sangat ramai orang..Tapi aku rasa, semua peniaga2 memang seronok bila tibanya Ramadhan..bukan sahaja dapat mningkatkan amal ibadat, tapi disebaliknya memberi sumber rezeki yang berlipat kali ganda buat mereka..Bayangkana tadi aku ada lalu berdekatan gerai menjual kuih..Spontan ayat dari seorang peniaga kepada seorang akak tue..


"tinggal yang nie ja yang ada kak, yang lain semua dah habis"..


Aku pown tumpang tengok sekali..adala 4,5 biji kuih yang tinggai...hahaha..murah rezeki peniaga2 nie semua..Xmaw celoteh panjang2 sebabnya masih berbaki 29 hari lagi bulan Ramadhan..rebutlah peluang yang ada ini sebaek2nya..kita tidak tahu samada akan diberi peluang untuk melaluinya lagi tahun mendatang..Salam Ramadhan buat semua...Peace Yawww..=)





Bersama Teman2..

31 July 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam 1 malaysia...alahai dah berabuk2 nampak gayanya blog aku nie..hurmmm, sebenarnya laptop buat hal cikit..tue yang dah jarang nak update blog..walaubagaimana pown sementara masih boleyh nak update nie, amik peluang la..

24hb Julai yang lepas, sepertimana dalam entri2 yang lepas aku ada sebut tentang nak jumpa teman2 semasa sekolah rendah kan..So, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun aku mula2 sesat 45 minit gak mencari jalan untuk sampai ke sana...haha..

Bawah nie diantara gambar2 kenangan yang sempat diamabil semasa kitaorang semua berada di dem..layannn...




SEKIAN...ROGER N OUT..



memang benar...

23 July 2011 · 6 tengah goreng


CINTA ITU BUTA
DAN JUGA BOLEH MEMBUTAKAN
JIKA DINILAI DARI SUDUT YANG BERBEZA
NESCAYA TIADA SIAPA YANG MAHU MELALUINYA
AKAN TETAPI
KERANA CINTA AKU KENAL AKAN DIRI
KERANA CINTA AKU PELAJARI ERTI HIDUP INI
BIARKAN MASALAH SEMUANYA BERLALU
BIARLAH IAINYA BERLALU..BIARLAH..
AKU TETAP TABAH MELALUI
KERNA DISITU DETIK PERMULAAN BARU
PERJALANAN DALAM HIDUPKU




Aku Nak Cuti...=)

20 July 2011 · 1 tengah goreng

Alhamdulillah..23hb dan 24hb, 2 hari yang aku mohon cuti dari bekerja..Sangat teruja sebab dapat merehatkan fikiran, minda, emosi serta semua anggota badan aku dari segala tekanan-tekanan dan penah lelah di tempat kerja..Selama ini, nak dapatkan cuti memang cukup susah sebab tempoh 6 bulan sebelum comformation kerja, aku tak dapat lagi kebenaran untuk memohon cuti..Permulaan Julai 2011, baru dapat mohon..So, peluang yang ada jangan dilepaskanla..hehe.


Apa yang dirancang 23hb dan 24hb..??

Melalui rakan2 sekolah rendah "Bestari01" , dimana kami telah merancang untuk buat 1 perjumpaan pada 24hb..Nak dibilang reunion tidak juga..Hanya sekadar lepak2 dan perjumpaan biasa..Lagipun dah lama tak jumpa diorang ni..Sejak habis sekolah rendah, semua bergerak dengan haluan masing-masing. Tambahan pula aku telah berpindah ke Butterworth..Hopefully 24hb nanti menjadi hari yang gembira buat kami semua..=)

24hb saja ka..?? Bagaimana pula dengan 23hb..??

Haa..Untuk 23hb nanti, berkemungkinan hanya aku seorang yang akan keluar pergi tengok wayang..Jalan-jalan lepak tepi pantai dan ronda-ronda dengan moto..Asalkan dapat hilangkan kepenatan dan stress..Sebab sebelum ini pun aku memang selalu keluar sorang-sorang ja..Dah terbiasa, So tak menjadi masalah sabgat bagi aku..=)
Paling penting 23hb nanti dapat tengok bola sepak pertemuan di antara Harimau Malaya menentang Singapura untuk kelayakan Piala Dunia 2014 nanti..Memang cuti yang terbaek lah..


p/s : maaf di atas post yang sekadar coretan-coretan kosong..hanya ingin diluahkan apa yang bermain di fikiran, yang terbuku dihati dan yang memberontak dijiwa untuk dilepaskan..huhu..peace yaww..=)


Bakat TV 2011

19 July 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam 1 malaysia..


Baru sahaja tadi berakhirnya kemuncak bagi Bakat TV 2011 Kemuncak Inspirasi..Dimana 8 peserta telah bertanding dengan persembahan cukup mantap..


                            Christopher Aban                               Razali
   


                                     Fariz                                     MUZSTAR-E
   


Warisan Seni Negeri Sembilan


No Noise


Stop Reverse Crew


Putera

Pemenang Peserta Paling Popular 
(RM10,000)
RAZALI
Pemenang Tempat Pertama (Juara Bakat TV 2011)
(RM20,000)
RAZALI
Pemenang Tempat Ke-2 
(RM15,000)
PUTERA
Pemenang Tempat Ke-3
(RM10,000)
WARISAN SENI NEGERI SEMBILAN

Pemenang Saguhati
(RM5,000)
STOP REVERSE CREW
CHRISTOPHER ABAN
MUZSTAR-E
FARIZ
NO NOISE


p/s : Tahniah buat semua pemenang dan para peserta yang bertanding..Aku cukup terhibur dengan persembahan tadi dan juga persembahan artis jemputan seperti apek, lan, aleycat dll..=)



t!nggalkan j3jak s3kal! yeRr

Ampersands & angle brackets need to be encoded.
Related Posts with Thumbnails

Corat-Coret

^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^
Tahun Baru 2020
nak meluaskan bidang kerjaya dan menstabilkan ekonomi family dan diri sendiri..bebas dari hutang yang membebankan..insyaAllah..amin.

^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^


Geng2 sEt!a

p3ngunjUng k3hOrmat