Popular Posts

kisah-kisah kue

doodle #2

22 April 2012 · 0 tengah goreng

doodle #2


p/s : hope kamu "siti haslina hasni" sentiasa tersenyum k..jangan sedeh2 na..


 

Entri Kosong

· 0 tengah goreng

Pagi-pagi buta ni terasa cam nak gaduh ja dengan orang..ni semua angkara jiran-jiran tetangga rumah pangsa yang tengah-tengah malam dok bertengkar entah apa sebab pun tak tahulah..dahla speaking tamil, lagi aku tak paham..orang penang cakap "dia dok buat ramai" tapi versi tamil aku tak tahulah nak sebut macam mana...

Kalau nak bertengkar pun tengok-tengoklah sama jam di dinding rumah pukul berapa, suara dahla macam nak bagi 1 dunia dengar, speaking tamil pulak tu, 1 flat keluar tengok..dapat tengok drama samarinda versi tamil free pulak..bikin sakit hati betollah..senang-senang duduk dalam hutan jela, tak menyusahkan orang dan jiran-jiran tetangga yang lain..

ada berani meh la lawan dengan aku...nindia 2 penumbuk kat muka hang...kehkeh




macam-macam nak sembang

21 April 2012 · 0 tengah goreng

cerita #1

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.. sejak akhir-akhir ini, makin jauh aku rasa diri aku dengan blog. semakin hari semakin sibuk dengan urusan kerja.. hari ni tersentuh nak update sedikit sebanyak dalam blog ini..

Sekarang aku nak mula berjinak-jinak dengan kayuh mengayuh ni..tapi menduka citakan baru 1st time kayuh dah terasa lutut sakit-sakit..senang sebut cikendon..haha. 1st time kayuh dari penaga hingga ke pantai merdeka.. terasa lutut lain macam ja, urat-urat paha bukan main tegang..akibatnya 3 hari naik turun tangga macam orang patah kaki..bukan main sakit siap meletop-letop lagi dekat lutut..aduhaiii..

dalam gambar ni telah menunjukkan dimana lutut aku telah mengalami simtom cikendon yang agak bahaya..haha..walaubagaimanapun nasib dapat lepak-lepak dulu di tepi pantai sebelum gerak semula ke penaga dengan mengayuh dalam keadaan cikendon..berpeluh-peluh baiii..

 usaha tangga kejayaan, insyaAllah bagi training dalam sebulan dua dulu. Then barulah dapat join mengembaraan kayuh yang lebih lasak lagi tanpa cikendon..OK habis sudah cerita yang pertama...

cerita #2

Sejak akhir-akhir ni, dalam sebulan dua ni aku terasa kurang seronok dengan pekerjaan aku sekarang. Aku pun tak tahu sebab apa, tapi secara jujurnya perasaan "enjoy bekerja" dah kurang. Bukan disebabkan oleh kerja-kerja tapi orang situasi dan faktor orang-orang disekeliling. Entahla, makin hari makin pelik aku rasa. Nak kata aku ni pekerja contoh tu tidak la, aku pun masih baru dan banyak yang perlu aku belajar tapi aku dapat merasakan ada sesuatu "SESUATU" yang menggangu dan menyekat keseronokkan aku..

Secara jujurnya, mungkin aku tidak akan lama bekerja di SITU lagi..Jika ada peluang lain yang memanggil, aku tidak teragak-agak untuk berhijrah..Aku kena yakin dan ambil peluang yang ada untuk memajukan diri..Umur masih muda, adalah sesuatu yang merugikan jika tidak digunakan sebaik-baiknya dalam mencari pengalaman dalm hidup..Apa orang nak kata, katalah..Yang penting aku seronok..haha..

PERMOHONAN DAH DIBUAT , HANYA MENUNGGU JAWAPAN DENGAN HATI YANG TERBUKA

cerita #3

Alhamdulillah hari ni yang bertarikh 21hb April 2012 adalah hari dimana si dia menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-20..dah genap 20 tahun dah..Syukur alhamdulillah dan tahniah sebab dah makin meningkat dewasa..So, lepas ni lebih meningkat jugalah tanggungjawab ya..

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN
SITI HASLINA HASNI



t!nggalkan j3jak s3kal! yeRr

Ampersands & angle brackets need to be encoded.
Related Posts with Thumbnails

Corat-Coret

^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^
Tahun Baru 2013..Azam Pun Baru..=)

Banyak misi yang perlu dilaksanakan bagi

tahun 2013. Semoga diberi kekuatan untuk

aku menghadapinya..=)

Gomo Kelate Gomo

^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^


Geng2 sEt!a

p3ngunjUng k3hOrmat