Popular Posts

kisah-kisah kue

Kamu Saja & 150 Juta - Ainan Tasneem (Official MTV)

31 December 2012 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..malam sebelum menyambut tahun baru 2013 ni..Apa kata kita layan dulu Official MTV terbaru dari Ainan Tasneem iaitu "Kamu Saja" dan "150 Juta"..

Kredit to : mvmproduction68

Kamu Saja - Ainan Tasneem Official MTV
Lagu/Lirik : Ainan Tasneem

150 Juta - Ainan Tasneem Official MTV
Lagu/Lirik : Fynn Jamal


p/s : Selamat tahun baru 2013 semua...=)



Padang Kota..Sweet Memory

30 December 2012 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..

Macam yang dah dikaborkan di entri yang sebelumnya..So, semalam sabtu 29hb disember aku keluar berjalan2 dengan "tunang"..Mula2 persinggahan pertama di Prangin Mall, memulakan hari dengan menjamah Pizza Hut..Sampai muncit2 kekenyangan tunang aku tu..=)..Then berjalan2 sekitarnya shopping sikit..Juz sempat membelikan tudung buat dia..Lewat petangnya, perjalanan diteruskan ke Padang Kota..Pekena Laksa Penang, Coconut Shake dan juga Air Kelapa (Fresh dari buah)..

Si pipi bulat aku sedang menikmati air kelapa..hehe..
 
berlatar-belakangkan keindahan air laut ..=)
 
 
p/s : Doakan kesihatan yang baik buat ibu tunang aku yang bakal menjalani pembedahan pagi esoknya..Moga dipermudahkan segalanya..(Si dia) sedang menemani ibudannya sekarang ini di hospital..:'(..





S-E-L-A-M-A-T B-E-R-C-U-T-I

29 December 2012 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan selamat malam..

Sekarang tepat jam 1:20am 29hb disember 2012..terdetik hati nak update entri pulak.. Baru saja dapat cuti 22,23,24,25hb disember yang lepas, kerja 3 hari dapat lagi cuti 4 hari 29,30,31,1hb..wahh, kelas kau maria..kelaaaassss...

 

Dan yang membuatkan aku senyum lebar sampai ke cuping telinga, hujung bulan dapat gaji dan BONUS lah..Alhamdulillah rezeki2..hehe.. Then plan untuk 29hb ni, keluar jenjalan bersama "tunang" tersayang..=)..Dahulu kala, time cuti keluar lah sorang2..Sekarang ni berdua lah pulak..=)..Semoga hari esok dipermudahkan segalanya..Salam

23.12.2012 Selamat Bertunang =) Part II

25 December 2012 · 3 tengah goreng

Assalamualaikum wbt.. Bagi entri kali ni, aku nak kongsikan sedikit sebanyak gambar sekitar berlangsungnya majlis pertunangan aku dengan calon pilihan hati..Majlis yang bersederhana, simple tetapi meriah dengan adik beradik yang hadir..=)

semasa sesi penyarungan cincin..haaaa..cium tangan amik bau bakal mak mertua ya..=)
Bersama pasangan pilihan hati..23/12/2012..=)
Mak-mak mertua bergambar bersama pasangan anak dan bakal menantu..=)
Bersama ahli2 keluarga belah lelaki (aku)..=)
Sesi bertukar barang-barang hantaran..comei tembikai tu..=)
 Gadis pilihan hati..=)
 
Berakhirnya sedikit sebanyak gambar2 semasa majlis berlangsung..Ini bahagian yang ke-II..Bahagian yang ke-III akan menyusul untuk entri yang seterusnya..=)...  Assalamualaikum wbt.
 
 
 

23.12.2012 Selamat Bertunang =) Part I

23 December 2012 · 2 tengah goreng

      Assalamualaikum wbt dan selamat malam buat warga blogger.. Syukur Alhamdulillah harini 23hb disember 2012, terikat sudah aku dengan status "bertunang" dengan gadis pilihan hati.. Syukur juga harini cuaca sangat sangat sangat elok dari pagi hinggalah malam.. Buat pengetahuan 22hb disember 2012, hujan lebat turun seawal jam 1.30ptg hinggalah ke malam..Alhamdulillah harini dimana berlangsungnya majlis pertunangan aku, cuaca indah sekali dr awal pagi hingga malam..=)

Oklah, tentang majlis bertunang, hanya dilangsungkan secara ala kadar..bersederhana.. Hantaran pula, sebelah lelaki (aku lah tu) "9" dan dibalas oleh pihak perempuan "11"..

 ni adalah hantaran dari aku..simple n kiut miut kan..kan..(cer angguk kepala)..ok tq coz angguk..hehe
kek engko..secret recipe lok tu..hoho..
 
 Dan diantara barang hantaran yang paling aku terpikat, suka dan minat sangat2 adalah :

1. Jambangan coklat (Moni Homemade Chocolate Penang)
coklat berbentuk bunga ros dihias didalam bakul bersama hiasan bunga2 yang ala tomei-tomei..
2. Telekung
telekung dihias dan dicorakkan bentuk kelopak bunga..dahla warna purple..kiutnya..
3. Buah-buahan
Okeyh, hat ni aku gubah dan susun atur sendiri..ini jer yang pandai..hoho
4. Chocolate (with word)
Okeyh hat ni pun dari (Moni Homemade Chocolate Penang)
sangat kiut dikenakan dengan campuran coklat design bunga dan love..tertulis pula "engagement zairi nani"..
 
 
Simple saja kan..tapi tampak kemas dan kiut miut..hehe. Majlis berjalan dengan lancar dan Alhamdulillah kita kami berdua telah terikat dengan "pertunangan".. Doakan moga dipanjang jodoh hingga ke jinjang pelamin..Amin..



p/s : Gambar pertunangan akan diupload dalam post yang seterusnya..=)












Ekspedisi 1 - Amik berkat pengantin

07 October 2012 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..KAWIN..?? seronok kan bila dapat tengok pasangan pengantin duduk bersanding atas pelamin, berjalan diapit pasangan dengan paluan kompang...waduh, tengok macam wow best kot.(macam ada percikan bunga api atas kepala)..haha..

kredit picture dari RGB Colours Production  <-- (klik utk maklumat)


Semalam sorang kenalan melangsungkan majlis perkahwinan di Jalan Datuk Kumbar, Aloq Staq..semata2 nak tengok orang kawin, sanggup gak aku runner pergi sana naik moto sorang2..sebelum sampai kawasan rehat gurun, kedebooommm hujan lebat kot..100% aku termasuk moto lencun kena air hujan..nak berhenti memang xdapat la, so perlahankan moto 80km/j dan meneruskan perjalanan dalam keadaan basah lencun..4~5km sebelum sampai kawasan rehat gurun, cuaca cerah balik..haha..sepanjang perjalanan dari kawasan rehat gurun ke aloq staq, aku xpakai sweater, bju kemeja pun aku bukak butang separuh..proses pengeringan secara semula jadi bermula..Alhamdulillah sampai aloq staq, bju n sluaq aku kering..kasut dan stoking ja yang xkering sepenuhnya..haha

Tapi xkisahla basah lencun pun, lagi pun ni kali ke-3 aku lencun atas highway..1st masa turun gurun, 2nd masa balik dari ipoh, 3rd adalah semalam ke aloq staq..Yang penting sampai rumah pengantin, kena amik berkatla..bergambor dengan pengantin..haha..rugila datang jauh2 basah2 xbergambor..maka terlaksana ekspedisi semalam untuk jumpa pengantin dan bergambor..Bila lah pulak ekspedisi member2 datang ke majlis aku..?? doa2kan lah yerrr..


MISI SELESAI =)






Target aku Sept12-Oct13

05 October 2012 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..salam jumaat buat semua..hanya sekadar entri perkongsian untuk semua..setiap hidup kena ada matlamat dan target..so, target terbaru aku bermula dari september 2012 sehingga October 2013 adalah untuk mencari, mengumpul, himpun, cekau dan yang sewaktu dengannya RM15,000..apabila dihitung tempoh yang ada adalah selama 14bulan..Adakah ianya suatu yang pasti ataupun xmungkin berjaya..??Aku ada buat kira2..

Total = rm10k sahaja yang dapat aku kumpul dalam tempoh 14bulan..ini hanya sekadar congakan kasar..dan mungkin boleh berubah or bertambah..InsyaAllah..Ini cabaran bagi aku yang perlu aku harungi..bagi yang bekerjaya,ad pangkat tinggi, gaji besau,maybe xmenjadi masalahla kan..ntah2 xsampai setengah tahun dah dapat kumpul 10k..bagi aku, kena kerja keras sikit..

Orang kata biar susah2 dahulu, senang2 kemudian..yang senang bersiap2lah sebelum susah..hehe..yang penting setiap apa yang kita lakukan, biarlah dengan cara yang jujur terutama apabila bersangkut paut dengan duit..kalau dari cara yang xbersih, maka xkan redha sebanyak mana duit yang kita ada, tetap akan habis tanpa kita sedari..biar lambat asalkan dari sumber yang halal, dari titik peluh kita sendiri..Bagi yang datangnya dari keluarga yang berkemampuan tu, bersyukurlah, itu adalah rezeki dan kurniaan pada diri anda..gunakan sebaik2nya..sebab apa, bukan senang nak mencari sumber pendapatan ni, apabila dah menempuh dan melaluinya, barulah kita tahu betapa sukarnya..

So, pasang niat yang ikhlas..rm15k perlu aku laksanakan, dengan sumber yang halal dan dari titik peluh sendiri..Cabaran...Cabaran...target anda..??fikirkan, cabar diri anda..=)..dari situ, kita akan tahu erti kehidupan yang sebenar...salam





hero perjalanan jauhku..

04 October 2012 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..
hanya sekadar entri kosong, mengisi waktu kekosongan yang sedia kosong-kosong ni..InsyaAllah 6hb ni, akan nak turun aloq staq sat p kenduri kawen kawan..So, dengan bertemankan hero perjalanan jauhku ni (my legenz) herokah..??hehe..hope selamat pergi dan balik hendaknya..Ala aloq staq ja pon, xsampai 100km..kiki

legenz kesayangan..hasil titik peluh kerja aku membelinya..
dibelai dengan penuh kasih sayang..tiap2 bulan tukaq myak hitam, petrol plak ron97..wow..haha..nak jaga enjin..kiki

seronoknya dapat berjalan jauh..asyik berada dalam penang ja..hehe.lagipun dapat cuti 2 hari, sabtu dan ahad..=)..jom mau gerak g kerja dah..salam...






Bertunang..?? Betul Ke Bohong :)

28 September 2012 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam jumaat buat semua..
 
gambar sekadar hiasan..kiki
 
Alhamdulillah pejam celik pejam celik, dah nak bertunang...eh siapa yang nak bertunang nih..?? bilakah..?? betoi ka ke ura-ura ja nih..?? yang itu kena tunggu..hehe..cuma mengharapkan doa dan sokongan dari semua pihak agar perlaksanaan nya berjalan dengan lancar nanti..=) amin..
 
 
 
 
 
 

NO money($$) NO respect!!

23 September 2012 · 0 tengah goreng

Dunia sekarang memang dah menggunakan formula macam ni :-

(no money = no respect)..

Memang wujud segelintir masyarakat kita yang berpemikiran macam ni..sedar xsedar ianya akan melukakan hati seseorang..Buat pengetahuan memang ya segala-galanya sekarang ini memerlukan duit..Duit boleh dicari..hmmm entahla..Mungkin bila dilahirkan dalam situasi kekurangan ni memang dipandang rendah dan jadi bahan ja kot..Xpela, aku bangga jadi diri sendiri, hasil dari titik peluh sendiri dari mengharap dan menumpang kekayaan dari orang lain..memang lambat tapi aku xpernah menyusahkan orang lain..terima kasih banyak-banyak atas hinaan itu..Membakarkan lagi semangat aku untuk buktikan orang yang dipandang rendah ni mampu berjaya kelak..





Raya & Si Dia 2012

23 August 2012 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah hari ni dah masuk raya ke-5, pejam celik dah 4 hari kita menyambut lebaran..huhu..Semalam raya ke-3 aku mengambil kesempatan untuk menyambut raya bersama si dia..dengan cara yang sederhana..lalala

naik bas sama2...naik feri sama2...mengimbau kembali zaman2 ketika sekolah dulu.sangat naiisss..

 perjalanan terhenti di Pizza Hut Queensbay Mall..hehe..

Kami berdua ni nampak je kecil dan kurus tapi bila makan, memang selera yang amat..xsedar dah termakan terlalu banyak...hehe..

Seharian bersama si dia..mybe ini adalah last dapat keluar beraya bersama..Next year, sia dia dah mula bertugas di hospital, so hari raya terpaksalah bekerja..hmmm..






Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H

17 August 2012 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua..

Dikesempatan ini saya "Muhamad Zairi Bin Marzuki" bersama pasangan saya yang masih belum diijabkabulkan lagi "Siti Haslina Hasni Bt Wan Chek", dengan ingatan tulus ikhlas ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H bagi tahun 2012" ini buat semua rakan2 blogger dan juga seluruh warga Malaysia yang beragama Islam..

Tangan dihulur memohon kemaafan sekiranya ada menyakiti mana2 pihak..Mengharapkan Aidilfitri kali ini kita semua bermaafan sesama kita dan meraikannya dengan penuh gembira dan bersyukur..

Doodle raya nie khas aku buat untuk semua rakan yang mengenali..Salam Aidilfitri semua ...=)

(klik gambar utk lebih jelas)

Setitik embun dipohon rimbun,
Di atap nipah air bergenang,
Dosa bertimbun mohon diampun,
Salah dan silap jangan dikenang.


p/s : kepada semua rakan2 blogger yang pulang ke kampung halaman tu, berhati-hati ketika memandu ya dan mendoakan semuanya selamat sampai ke destinasi..dan buat adik2 kecil, jangan main mercun..nanti orang beraya dirumah, korang beraya di hospital..hoho 









Dugaan Ramadhan

26 July 2012 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah hari ini genap 6 hari kita berpuasa, pejam celik pejam celik nanti dah hari terakhir..huhu. Yang menjadi masalahnya sepanjang 6 hari menyambut ramadhan ni, aku telah dilanda selesema tahap maksimum "air hidung mencapai paras bahaya".."amaran tsunami"..huhu.

ok abg2 kakak2 sekalian..ini adalah hidung..nampak?nampak?..hehe

ini plak air terjun yer abg2 kakak2..makanya apabila nama ke2-2 gambar digabungkan..jadilah "air hidung terjun"..akibat yang keterlaluan air terjun yang terlalu banyak cabangnya, sedemikianlah juga pada hidung "memercik..aaaacummm"..kahkah


aduhai, kalau macam ni hari2, memang lembik la aku sementara menunggu waktu berbuka, hidung pulak duk buat hal..ish3, sabor jela..




Pembaharuan Legendz menjelang Aidilfitri..

23 July 2012 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..straight to da point, inilah pembaharuan yang aku akan laksanakan pada legendz kesayangan aku menjelang aidilfitri nih..hope terlaksanalah dengan jayanya..

1. Full set footrest racing boy
2. Yahama seat (fokus kat seat ja tau)..hoho

Yang bawah nie plak dalam perancangan..sebab kos tinggi sikit..hoho

1. Yoshimura pipe..

mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan..huhu


Aku Bukan Kuli Barua Hampa Ok

22 June 2012 · 1 tengah goreng

Selamat pagi..jam menunjukkan pukul 12:20am 22hb jun 2012..maaf sebab tajuk entri agak kasar bunyinya tapi itulah yang aku nak luahkan sekarang ni..Aku nak bertanya 1 soalan 'hampa pernah rasa tak diperlakukan seperti "kuli barua" yang teramat?'..tak kisahla sama ada dalam pekerjaan ka, study ka mahupun dalam kerja berkumpulan..Apa yang terlintas difikiran hampa masa itu..?

Ok harini memang aku terasa sangat macam "kuli barua", sebelum ni memang dah rasa dah tapi aku diam sebab aku kerja dengan hati yang ikhlas tak banyak songeh..Tapi kadang-kadang ada batasan bagi seorang individu itu untuk mendiamkan diri..Nak kata pak turut tak jugak sebab tapi kadang2 tu melampau2 sangat sampai terbakaq hati dibuatnya..Secara jujur dan terus terang aku cakap, aku tak kisah sikit pun nak buat kerja or apa-apa dengan siapa2 tapi kena ingat "setinggi mana jawatan, se-senior mana pun hampa" dalam 1 organisasi, harus diingat orang disekeliling yang dok backup..Jangan dok anggap aku ibarat "kuli barua" hampa ja, sesedap hati nak mengarah itu ini, kadang2 menampakkan sangat betapa "low" sangat aku dimata hampa..Jenis aku apa orang dok burukkan tentang orang lain, aku dok dengaq ja masuk telinga kiri keluaq telinga kanan..Jangan sampai buat aku paku hampa semua balik..takut nanti malu nak bertentang dah kot..

Memang kenyataan bila bersama dengan kaum melayu, busuk hati, perdajal2 ni memang melayu nombor 1..aku pernah kerja dengan cina, memang jujur tak ada masalah sikit pun bahkan percaya lagi dengan kita dengan usaha yang kita buat..Aku tak tahulah apa pandangan orang lain..Bagi aku kalau orang melayu banyak amalkan "anda bekerja untuk saya" dan bukannya "anda bekerja bersama2 saya"..Itu yang menyebabkan adanya sikap nak per"kuli baruakan" orang..Kalau nak diikutkan perasaan, memang dah lama aku berhenti cuma peluang dan rezeki untuk berhijrah ke tempat lain belum ada..aku terpaksa bersabar dengan dugaan ni dulu..hmmm, entahlah..Bilalah melayu nak berubah..

Berhenti disini (noktah)




Selamat Berhujung Minggu

17 June 2012 · 2 tengah goreng


Assalamulaikum wbt dan selamat berhujung minggu buat semua terutamanya para2 blogger yang harini aktif menaip entri masing2..huhu.Alhamdulillah harini aku dapat cuti sehari dari kesibukan kerja yang xpernah selesai..sangat memenatkan, so bagi yang tengah study last semester tue, siap2kanlah diri kalian semua dan bertanyalah pada diri kalian sama ada "aku dah bersedia menempuh alam pekerjaan kah belum".hmmm...

Berbalik pada situasi cuti, dalam perancangan harini hendak keluar sebentar bersama "calon" aku tapi apakan daya dia ada hal (keluar jalan2 dengan family)..so, terpaksalah dibatalkan rancangan untuk harini..oleh itu segala plan telah bertukar, aku nak keluar jalan2 dengan lagendz aku lah..biarpun keseorangan namun ku gembira bersama lagendz ku yang kini tampan lagi macho bersetkan tayar dan rim baru..kahkah..


p/s : saya sangat suka lagendz saya sebab dia peneman saya untuk kemana jua..semudah cucuk-on-pulas dan jalan..hahaha



Penantian satu penyeksaan

03 June 2012 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..selamat berhujung minggu..entri kali ni sebenarnya tiada kaitan pun tentang soal cinta mahupun luahan perasaan jiwang2 karat ya..huhu.aku dah menempah sepasang sport rim racing boy 3 batang dan juga tayar maxxis diamond 80/90..saja nak try guna tayar baru..yang menjadi masalahnya apabila tauke kedai tersilap order n yang sampai rim racing boy 3 batang untuk 125z plak..moto aku hanyalah lagenda115zr..hoho..maka terjadilah episod penantian yang menyeksakan bagi aku untuk menunggu selama 2 hari lagi..

tauke..wa mau ini sport rim ma...

dan juga ini tayar lorrrrr...

tapi aku dah tak perlu fikir apa2 dah tentang bayaran sebab dah settlekan awal2 dengan tauke kedai tu..tunggu barang sampai ja..kalau tak, alamatnya duit akan digunakan untuk benda alah lainla..huhu.pokai gak bulan ni..

perbelanjaan bulan ini untuk moto :-

minyak hitam shell = rm26
oil filter = rm13
sport rim racing boy + tubeless cap = rm230
tayar maxxis diamond 80/90 = rm105x2 = rm210
basuh = rm5
total = rm230 + rm210 + rm26 + rm13 + rm5 = rm484 (garu kepala sambil fikir macamana la perbelanjaan sampai hujung bulan nanti..haha)


p/s : biarkan penantian dengan penuh kesabaran yang diyakini diakhiri dengan kegembiraan..ecece..cepat2la hari isnin..nak merasa tayar dan rim baru sat..haha








i loike u loike

22 May 2012 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..hmm, entri diteruskan lagi..kali ni just suke-suke menaip..buat pertama kalinya berjalan-jalan disekitar Ibu Kota Kuala Lumpur..Bagi yang bermastautin disana mungkin dah bosan..ahaha..Alang-alang dah sampai KL, lepas tengok bola, jalan-jalan lah pulak..bersama si dia..bakal pemaisuri hidupku..

di berjaya times square..jalan-jalan n makang-makang..nak naik menatang alah tue tapi mahal gila siot tiket dia time hujung minggu..
berselera makang..bekpez dan makang tengahari..belom makang dah muka penat..tapi alhamdulillah habis juga..rezeki jangan ditolak..hehe


p/s : thanks sebab sudi teman jalan-jalan..terutama ajar naik LRT n komuter..haha..jakun gila dapat naik menda tu..kat penang pernah naik ketapi bukit bendera ja..ngee..=P


The Red Warriors Piala FA 2012

· 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..entri kali ni hanya nak share beberapa gambar ketika debaran2 sebelum perlawanan di antara Kelantan bertemu Sime Darby untuk Piala FA 2012 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil..yang penting "Aku turut berada di sana..Oyeah!!"..

 
 
 
 
 
 
 
 
 

 Aku sangat teruja sebab pertama kali berada di stadium menyaksikan perlawanan akhir bola sepak secara langsung..Di tambah pula dengan ribuan2 penyokong yang penuh sesak..walaupun tak ada kena mengena pun dengan pasukan kelantan tapi aku tetap sokong sebab aku peminat bola sepak tanah air..


p/s : teruja bila dalam stadium..kagum dan terhibur tengok gelagat penyokong2 yang bertubi2 bagi semangat buat pasukan kesayangan..TRW go more kelate go more..paling best time "buat ombak" - sime darby punya fans pun join sekaki..hehe




t!nggalkan j3jak s3kal! yeRr

Ampersands & angle brackets need to be encoded.
Related Posts with Thumbnails

Corat-Coret

^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^
Tahun Baru 2020
nak meluaskan bidang kerjaya dan menstabilkan ekonomi family dan diri sendiri..bebas dari hutang yang membebankan..insyaAllah..amin.

^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^


Geng2 sEt!a

p3ngunjUng k3hOrmat