Popular Posts

kisah-kisah kue

Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Kejayaan Ke-2 2012 Lee Chong Wei

15 January 2012 · 1 tengah goreng


Perlawanan Akhir Terbuka Malaysia Maybank 2012
Set 1 : Lee Chong Wei  21 - 6   Kenichi Tago
Set 2 : Lee Chong Wei  21 - 13 Kenichi Tago

Kejayaan kejohanan yang ke-2 bagi LCW bagi pembukaan 2012 nie..hanya 2 minggu...tahniah buat beliau kerana mengharumkan nama Malaysia..
 

MALAYSIA BOLEH




Lee Chong Wei mara bergaya ke FINAL

13 August 2011 · 0 tengah goreng


Salam sejahtera buat semua..
B W F
W O R L D   B A D M I N T O N
C H A M P I O N S H I P S
L O N D O N   2 0 1 1

Sebentar tadi baru sahaja tamatnya bertemuan perlawanan separuh akhir badminton di antara Datuk Lee Chong Wei (MAS) menentang Chen Jin (CHI) yang berlangsung di Wembley Indoor Arena di London dengan kemenangan berpihak kepada DLCW dengan kemenangan straight set (21-13, 21-9) dalam masa 43 minit..DLCW mara dengan bergaya ke final yang bakal berlangsung keesokan harinya..Menanti pencabar beliau di final nanti sama ada Lin Dan (CHI) ataupown Peter Hoeg Gade  (DEN) yang bakal bertemu dianggar jam 2 pagi nanti waktu Malaysia..Sama2 kita menyokong kemaraan DLCW di final nanti..Malaysia Boleyh..!!!


Datuk Lee Chong Wei
(Malaysia)
VS
  OR  
       Lin Dan                                 Peter Hoeg Gade
(China)                                     (Denmark)

MILIK SIAPAKAH KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011
 KALI INI



Piala Malaysia 2011.."MILIK SIAPA"

· 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia...


Sekarang nie bermulanya kempen Piala Malaysia akan bakal berlangsung tidak lama lagi..Aku cukup tertarik dengan semua design2 yang dah dibuat oleh para2 penyokong liga tempatan nih...memang styloo..korang nak tengok leyh tekan sini "HARIMAU MALAYA"..kalau nak buat wallpaper kat lappy korang pon boleyh..NO HAL punyalah..leyh ushi dulu kat bawah nie..kalau berminat..."KLIK GAMBAR TUE YERRR"..anda akan dibawa secara terus menerus ke pages Harimau Malaya Piala Malaysia Corner..downloadlah dan terus menyokong liga tempatan..=)

KLIK PIC ATAS NIE...


TANAH TUMPAHNYA DARAHKU


p/s : teruskan menyokong liga bola sepak tempatan..penyokong ibarat nadi kepada kebangkitan bola sepak tanah air..


Sangat Puas Hati..Kalah BERMARUAH..!!!

17 July 2011 · 6 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..Salam 1 Malaysia..


Cerita tentang bola sepak belum tamat lagi..Apa2 pown keputusan perlawanan persahabatan di antara Malaysia menentang Liverpool berkesudahan Liverpool menang dengan 6 jaringan berbanding Malaysia dengan 3 jaringan..Kalah Harimau Malaya adalah BERMARUAH..Sebab apa, gol yang dijaringkan Shafik Rahim melalui sepakan percuma dan gol ke-3 Malaysia dari Safee Sali memang terbaek..


Jom saksikan kesemua gol yang dihasilkan..
Fokus pada gol dari Harimau Malaya taw..hehe
TAPI....


dan TETAPI....


Sedikit kurang menyenangkan dengan aksi yang dipamerkan oleh jentera bahagian pertahanan Harimau Malaya yang seringkali cuai dalam kawalan bola sehingga 3 atau 4 gol telah dijaringkan hasil kecuaian kawalan pertahanan..hurmmm...Khairul Fahmi @ Apek..?? kembalikan sengat anda seperti dahulu..nampak reputasi anda makin menurun..Bukan nak salahkan tapi hanya untuk peringatan,lagipown tahu beliau baru sahaja sembuh dari kecederaan..apa2 pown perlu diperkemaskan lagi pertahanan dan kawalan dari penjaga gol..maksudnya disini "bahagian pertahanan dan penjaga gol kena lebih chemistry orang kata..bagi ada contact cikit antara 1 sama lain, baru lah mantop"..


NAMUN....


Tahniah diucapkan buat skuad Harimau Malaya yang bermain bersungguh-sungguh pada perlawanan tu..Untuk pertemuan dengan Chelsea nanti, perkemaskan lari corak serangan dan terus mengaum..Aummmm..


HIDUP HARIMAU MALAYA
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU



Jangan Ejek Kami

16 July 2011 · 3 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia...


Dipetik dari akhbar Kosmo! harini,


"Jangan Ejek Kami"
JURULATIH skuad bola sepak kebangsaaan, Datuk K. Rajagobal tidak sanggup mendengar anak-anak buahnya diejek peminat tempatan ketika berdepan Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil petang ini.


Ini kerana Rajagobal jelas berasa kecewa dengan sikap peminat yang hadir ketka menyaksikan skuad Harimau Malaya tewas 0-4 kepada Arsenal, Rabu lalu.


"Ketika menentang Arsenal, pemain-pemain saya diejek (peminat) apabila melakukan kesilapan. "Sebagai rakyat Malaysia dan menetap di Malaysia, bukan kita tidak boleh menyokong kelab Liga Perdana England tetapi kenapa tidak boleh sehari saja datang ke stadium pakai jersi Malaysia?
"Saya harap hari ini ramai yang datang dengan jersi Malaysia, terutamanya warna biru," kata Rajagobal..




Bukan saja K. Rajagobal yang rasa kecewa, aku lagi la rasa kecewa..Waktu perlawanan berlangsung aku terpaksa bekerja..Balik2 rumah, terus online tengok keputusan 4-0..xpelah sebab bermain dengan bintang2..Tapi aku jadi xpuas hati bila hampir lebih 90% penyokong yang hadir berpakaian jersi Arsenal..Eh kita dekat mana sekarang nie..Mana pergi semua penyokong2 Harimau Malaya yang dahulu gah2 berteriakan sini sana..huuu haaa sana huuu haaa sini..Sehari ja bai, supportla sikit..


Cube korang pikir kalo situasi macam nie :
"Sekolah A vs Sekolah B..bermain di Padang Sekolah A..1 Sekolah semua turun tengok tapi dukacita dorang bersorak pada Sekolah B"..Apa yang player2 Sekolah A rasa..??lemah semangat weyh..sedih...kecewa...Aku kalo dok dekat ngan KL ka Shah Alam ka..Memang aku dah turun g tengok aih..sebab jauh n xdapat cuti kerja punya pasalla xdapat nak g..


PESANAN BUAT PEMINAT YANG TURUN KE STADIUM
"Support cikit skuad Harimau Malaya..korang nak sorak kat macamana pown xkisahla, yang penting pakai jersi MALAYSIA tue"..menampakkan sikit sokongan korang semua..Selama ni boleh ja pakai..kalau lah player2 Arsenal,Liverpool, Chelsea fasih bahasa Melayu mesti dorang akan cakap "ramai peminat kita disini, peminat mereka semua kita pegang, sebab kita lagi hebat berbanding mereka"..kalo macam nie aku rasa bila lah skuad kita nak melangkah ke hadapan..tiada sokongan dari peminat..Entahla..


xsusah..pakai jer jersi biru sehari nie..senang kan..??
lepas tue 364 hari selebihnya pakai jer jersi dorang..


PEMINAT UMPAMA TULANG BELAKANG kepada kebangkitan Skuad Bola Sepak Tanah Air kita..Teruskan menyokong Harimau Malaya..kita tengok petang nie macamana..ad perubahan ataupun sama ja..


PESANAN BUAT PEMAIN HARIMAU MALAYA
Usah gentar..abaikan berkaitan penyokong semua dahulu, fokus pada permainan dan apa yang dirancang..aku yakin bila korang berjaya buat jaringan ataupun buat kejutan dengan menewaskan pihak lawan..100% yakin perasaan malu akan muncul pada diri para penyokong yang xsupport Harimau Malaya..FOKUS..FOKUS..






p/s : Aku terpaksa bekerja hari nie tapi segala liputan tentang perlawanan petang nanti aku xkan terlepas sebab aku sentiasa menyokong skuad Harimau Malaya..kalah menang xkisah sebab disini "TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"..





Ayuh Harimau Malaya..!!

13 July 2011 · 0 tengah goreng

Kredit to Sanoktah Blogspot kerana mengdesign wallpaper nie..

Assalamualaikum wbt..Buat semua peminat bola sepak tanah air..Ayuh kita bersorak malam nie bagi memberi semangat kepada skuad bola sepak negara kita "Harimau Malaya" yang bakal menentang Arsenal..Walau apa pun keputusan malam nie, Team Harimau Malaya tetap ak sokong..Hope malam nie semua pemain Malaysia mempamerkan aksi yang maksimum..Bangkit membuat kejutan, usah gentar pada pihak lawan dan kembalikan kegemilangan bola sepak tanah air..Yeahh..


TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Dipetik dari akhbar Kosmo harinie..
"Malaysia Tidak Gentar" , Safiq (No.8) bertekad membantu skuad Harimau Malaya bagi mencipta kejutan ke atas Arsenal pada aksi perlwanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini..Kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim melaungkan keyakinan untuk memastikan tentangan hebat diberi kepada kelab Liga Perdana England, Arsenal pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini. BERDEPAN bintang-bintang Arsenal bertaraf dunia bukan bermakna para pemain skuad bola sepak kebangsaan tidak berupaya untuk menandingi kehebatan mereka di atas padang.


“Walaupun mereka (pemain Arsenal) semuanya berstatus bintang dunia tetapi itu tidak bermakna kita tak mampu menandingi mereka."
“Apa yang diharapkan esok (hari ini) ialah supaya kami dapat mencipta satu kejutan."
“Peluang ini bukan senang nak dapat. Tak semua pemain dapat peluang seperti ini dan harap rakan-rakan sepasukan memanfaatkannya,” kata Safiq ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Nasional petang semalam.




p/s : Dukacitanya malam nie aku xdapat nak tengok match sebab reja malam pulak..Sangat sedih..Hmmmm...sedih..sedih..sedih..



Haihhhhh....

03 July 2011 · 0 tengah goreng

Keputusan penuh perlawanan

Taiwan (3) - Malaysia (2)
agreget 4-4

Malaysia layak ke pusingan ke-2 kelebihan gol ditempat lawan..

pusingan ke-2 nanti Malaysia akan bertemu dengan Singapore..





t!nggalkan j3jak s3kal! yeRr

Ampersands & angle brackets need to be encoded.
Related Posts with Thumbnails

Corat-Coret

^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^
Tahun Baru 2020
nak meluaskan bidang kerjaya dan menstabilkan ekonomi family dan diri sendiri..bebas dari hutang yang membebankan..insyaAllah..amin.

^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^


Geng2 sEt!a

p3ngunjUng k3hOrmat