Popular Posts

kisah-kisah kue

Showing posts with label tentang akue. Show all posts
Showing posts with label tentang akue. Show all posts

Panjang dah besor (23)

12 March 2012 · 1 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..1st sekali syukur Alhamdulillah sebab diberi peluang untuk aku terus melihat keindahan alam sehingga ke detik dan ketika ini..12hb Mac merupakan detik bersejarah bagi aku..Aku dah 23 tahun..Wahh, dah besor upenyer,kalau diikutkan umur2 cam begini kawen pun dah ada anak 2,3 orang..kan2??..

PANJANG DAH BESOR
kelihatan kekedutan di dahi aku makin menyerlah..dah berusia rupanya aku nih..keh3

Buat teman2 yang masih mengingati..thanks banyak2 sebab wish kat aku..walaupun dah "tua bangka" masih ada yang sudi wish walaupun hanya taip "HB"..very niceeee..janji ingat yer tak..huhu..Hope peningkatan usia aku ni membawa 1 lembaran baru dan permulaan baru dalam hidup aku demi mengejar kerjaya..insyaAllah aminnnnnn...

p/s : diharapkan jugak malam 12hb nie Lee Chong Wei menang dalam menentang kejuaraan All England 2012..haha.penat aku tunggu nih dari 8.30mlm 11hb..ok selamat beraksi LCW..Malaysia Boleh!!!





Berabuk...Berabuk...Haishhh

16 October 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan selamat tengah malam buat semua...


Agak lama jugak aku xmengupdate blog aku nie..memang benar agak lama..bersawang-sawang dah aku nengoknye...aduhaiiii..nak buat macam mana..dalam bulan nie dan ketika ini aku agak sibuk dengan kerja...kerja dan terus bekerja sampai xdak masa nak menghadap laptop untuk online dan menghupdate blog aku nie..


wahai encik blog...maafkan daku kerana sudah lama tidak menekan2 kekunci keyboard untuk menaip2 pada dirimu..


tidak ketinggalan wahai encik facebook..samalah jugak maaf ku pohon seandainya dah xmembelek2 mu..


Dalam kesibukan kerja2 nie, sempat jugak aku menanam cita2 yang tinggi..haha."NAK JOIN MARATHON"..mak aiii, joging pown malas ada hati nak join marathon..tapi alhamdulillah dalam bulan nie dah 3x aku melatih diri aku nih..baru bermulanya peringkat permulaan...


pringkat : permulaan
lokasi : mengkuang dam
jarak : 1 pusingan lengkap ulang alik dari hujung titi hingga ke hutan.
masa diambil : 40 minit


rekod peribadi bagi permulaan joging yang agak teruk aku rasa..haha..tengok uncle2 yang berselisih dengan aku, joging dah macam lari "selamber jer punya laju"..walaubagaimanapown latihan akan terus dijalankan bagi memecahkan lagi rekod peribadi dari 40 minit kepada 30 minit..InsyaAllah..hehe


Oklah aku nak tido sebab pagi nanti nak g kerja..OT pulak dah..xper2 kerja pown 1 ibadah jugak..selamat malam dan assalamualaikum wbt..=)





Gua penat la brader..

17 September 2011 · 2 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..Salam 1 Malaysia buat semua..


Bulan September merupakan bulan yang cukup sibuk bagi aku..dengan OT yang bersepah, kerja pown agak bersepah-sepah jugak nak diselesaikan..No more cuti lepas nie sampai hujung bulan..Lama-lama kepala pun boleyh naik pening dan bermulalah kejadian keguguran rambut..haha..


Bak stail cakap Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah + Dato' Dr Siti Nor Bahyah :


" Dengan hati yang tenang ya dan jiwa yang lapang, kita mesti pegang pada 1 prinsip ya Anda buat anda dapat "


Aisyeh..bergabung-gabung pulak ayatnyer..hehe..Pegang jugak kata-kata yang diucapkan oleyh Cik Siti Haslina Hasni nie, kerja pun 1 ibadah jugak..So, xleyhla nak merungut sangat..Dalam usia yang muda lagi nie, gunakan sehabis banyak kuderat yang ada untuk bekerja..Nanti dah tua xlarat dah..Esok perjalanan aku bekerja akan diteruskan lagi..Kena siapkan juga control panel plc system untuk sub line conveyor yang baru, kena pasang bagi siap-siap..Lepas tue nak sambung pasang wayer-wayer untuk robot yang nak ubah kedudukan..Sabtu dan ahad nie memang waktu genting bagi aku..Bermula minggu depan pula aku nak kena selesaikan jadual dan servis air-cond dan juga buat semakan "stock take" awal-awal sebelum hujung bulan nanti..OMG sangat letih dirasai..Chaiyok-chaiyok..






p/s : Kena reja kuat baru leyh kumpoi duit nak hidup berkeluarga..hehe..=P









~ K.O.S.O.N.G ~

13 August 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..

Malam nie tiada apa yang ingin aku tulis..Cuma mengharapkan segalanya hari esok adalah lebih baik dari hari ini dan hari-hari yang sebelumnya..hidup perlukan perubahan, perubahan itu memerlukan pengorbanan dan juga sokongan..keyakinan dan kekuatan untuk melakukan perubahan itu adalah perlu..xsama dengan cari follower dekat facebook mahupun Blog.."I follow,U follow I back"..perubahan atas dasar follow2 ini tidak akan kemana jika hati berkata TIDAK..lakukan perubahan atas dasar niat diri sendiri untuk berubah..

"Doakan sama perubahan ku wahai teman2 semua..
Aku memerlukan sokongan dari kalian.."


p/s : Aku mahukan perubahan dan aku AKAN BERUBAH..=)


Duit raya...Duit raya...

11 August 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia..


"Duit Raya"...eh awalnyer diperkatakan tentang duit raya sedangkan hari nie baru Ramadhan ke-11..huhu..tambahan pulak aku pun dah umo 22 tahun...mane lagi nak dapat duit rayer..MUSTAHIL kan..?? memang sangat MUSTAHIL tapi kalau nak kuarkan duit bagi duit rayer tue memang XMUSTAHIL la..haha..


xnak ke duit rayer cam nie..?? 
bagi adik2 bawah 10 tahun tue memang cukup seronok la kan..?kan..?

YANG NIE XNAK GAK KE..??

Sebenarnyer tajuk entri aku nie xdak kena mengena pon tentang duit rayer yang macam kat atas nie..haha..Yang sebetulnya aku bulan nie kena buat OT 4x..so, dapatla tambah cikit pendapatan untuk bulan nie..tue yang jadi modal duit rayer cikit nanti..Alhamdulillah sebab dipanggil untuk buat OT...letih memang letih tapi apakan daya, nak cari duit lebih punya pasal terpaksala bekerja keras cikit..


p/s : So, bagi cik kak dan cik abang, pakcik dan juga makcik..bulan nie reja keras la cikit na..banyak nak dibelanjakan untuk family2 nanti..huhu.Bulan Ramadhan nie rezeki melimpah-limpah kater ko..Reja2 jugak tapi amal jangan dilupa yerr...k salam.=)





mimpi-mimpi lagi

09 August 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan selamat tengahari...


Aku pown xtahu kenapa harini ja lepas balik reja, aku tidor dalam pukul 1.30am tadi sehinggalah subuh tadi, dah 2x aku mimpi perkara yang sama..hurmmm, adakah ianya semakin hampir untuk terjadi..jeng...jeng...jeng...
3 bulan yang lepas aku ada merancang untuk tukar moto baru tapi xterhasil sebab masalah kewangan cikit..macam2 nak guna..so, terpaksalah bertangguh dahulu..simpan sikit2..sebulan rm500..sekarang dah ada rm1000..bulan nie, insyaAllah kalau xdak apa2 halangan, pertengahan bulan nie..(minggu depan) aku nak angkat seijik moto lah..


Mimpi aku sampai 2x tue pown berkaitan ngan moto la jugak..2x woo aku mimpi nek moto baru (moto yang sama aku nak beli lak tue)..yang xleyh belah , entah sampai ke mana aku bawak moto tue g jenjalan aku pown tataw la..macam kat tepi gunung, tapi ada pulak laut, yang paling pelik aku parking kat tempat "bas dan reta"...haha. tak masuk akal betollah.."mainan tidur" kuat sungguh aih..


Mengharapkan minggu depan aku x terkecuali untuk menerima bonus raya..ada yang cakap dapat, ada yang cakap maybe xdapat...tapi aku mengharapkan dapat la..kalo dapat, cepat cikit aku angkat itu moto..kalau tak, asyik bertangguh ja..nampak gayanya xjadi la la angkat...huhu..


k, maw layan TV jap..ada rancangan masak "Ketuk-ketuk Ramadan" bersama sheila rusly..artis jemputan "Pak Yus Jambu" lak tue..12.30pm..jom pakat2 layan...





Bersama Teman2..

31 July 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam 1 malaysia...alahai dah berabuk2 nampak gayanya blog aku nie..hurmmm, sebenarnya laptop buat hal cikit..tue yang dah jarang nak update blog..walaubagaimana pown sementara masih boleyh nak update nie, amik peluang la..

24hb Julai yang lepas, sepertimana dalam entri2 yang lepas aku ada sebut tentang nak jumpa teman2 semasa sekolah rendah kan..So, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun aku mula2 sesat 45 minit gak mencari jalan untuk sampai ke sana...haha..

Bawah nie diantara gambar2 kenangan yang sempat diamabil semasa kitaorang semua berada di dem..layannn...




SEKIAN...ROGER N OUT..



memang benar...

23 July 2011 · 6 tengah goreng


CINTA ITU BUTA
DAN JUGA BOLEH MEMBUTAKAN
JIKA DINILAI DARI SUDUT YANG BERBEZA
NESCAYA TIADA SIAPA YANG MAHU MELALUINYA
AKAN TETAPI
KERANA CINTA AKU KENAL AKAN DIRI
KERANA CINTA AKU PELAJARI ERTI HIDUP INI
BIARKAN MASALAH SEMUANYA BERLALU
BIARLAH IAINYA BERLALU..BIARLAH..
AKU TETAP TABAH MELALUI
KERNA DISITU DETIK PERMULAAN BARU
PERJALANAN DALAM HIDUPKU




Aku Nak Cuti...=)

20 July 2011 · 1 tengah goreng

Alhamdulillah..23hb dan 24hb, 2 hari yang aku mohon cuti dari bekerja..Sangat teruja sebab dapat merehatkan fikiran, minda, emosi serta semua anggota badan aku dari segala tekanan-tekanan dan penah lelah di tempat kerja..Selama ini, nak dapatkan cuti memang cukup susah sebab tempoh 6 bulan sebelum comformation kerja, aku tak dapat lagi kebenaran untuk memohon cuti..Permulaan Julai 2011, baru dapat mohon..So, peluang yang ada jangan dilepaskanla..hehe.


Apa yang dirancang 23hb dan 24hb..??

Melalui rakan2 sekolah rendah "Bestari01" , dimana kami telah merancang untuk buat 1 perjumpaan pada 24hb..Nak dibilang reunion tidak juga..Hanya sekadar lepak2 dan perjumpaan biasa..Lagipun dah lama tak jumpa diorang ni..Sejak habis sekolah rendah, semua bergerak dengan haluan masing-masing. Tambahan pula aku telah berpindah ke Butterworth..Hopefully 24hb nanti menjadi hari yang gembira buat kami semua..=)

24hb saja ka..?? Bagaimana pula dengan 23hb..??

Haa..Untuk 23hb nanti, berkemungkinan hanya aku seorang yang akan keluar pergi tengok wayang..Jalan-jalan lepak tepi pantai dan ronda-ronda dengan moto..Asalkan dapat hilangkan kepenatan dan stress..Sebab sebelum ini pun aku memang selalu keluar sorang-sorang ja..Dah terbiasa, So tak menjadi masalah sabgat bagi aku..=)
Paling penting 23hb nanti dapat tengok bola sepak pertemuan di antara Harimau Malaya menentang Singapura untuk kelayakan Piala Dunia 2014 nanti..Memang cuti yang terbaek lah..


p/s : maaf di atas post yang sekadar coretan-coretan kosong..hanya ingin diluahkan apa yang bermain di fikiran, yang terbuku dihati dan yang memberontak dijiwa untuk dilepaskan..huhu..peace yaww..=)


Pangkor..Berbaloi-baloi..!! Bahagian 3

12 July 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..Pengembaraan di Pulau Pangkor diteruskan lagi..huhu..selepas penat2 berkayak dan menaiki banana bot, kali nie kitaorang snorkelling, bermain tower dan berBBQ la pulak..jom layan jew..=)

bergambor dulu sebelum snorkelling..peace yo..!!
kedalaman air antara 2~3 meter dalam..ikan banyak woo..ada sekor ikan kaler biru besar giler tapi kedudukan die bawah sekali..memang terbaek..
tibalah masa bermain tower2..yang nie ape roda ntah aku pown tataw..naik da ghuper hamster..haha
kasi jerut sama dia..aksi diluar kawalan..huhu
gayat woo atas menatang nie..dahla nak panjat punya susah..
pulun bro pulun..sepenuh tenaga dikerah untuk panjat menatang nih..haha
lepas bermain air, berehat sebentar menikmati makanan..apa depa 2 dok sembang aku tatawla..
berehat sebentar lepas jamuan BBQ..memang kenyang sebab macam2 lauk ada..ikan, ketam, kerang, sosej, air asam, tomyam pown ada..huhu..

Tamat lah sudah percutian selama 3 hari 2 malam kitaorang di Pulau Pangkor..Memang berbaloi-baloi..rugi siapa yang xdatang..tapi kena rancang aktiviti awal2 lah baru enjoy nanti..Ok roger n out..Masa untuk bekerja kembali..Peace Yo..!!

TAMAT


Pangkor..Berbaloi-baloi..!! Bahagian 2

11 July 2011 · 2 tengah goreng

Ok kite bersambung kembali..hehe..lepas pusing2 pulau, maka kali nie pengembaraan diteruskan kembali dengan aktiviti berkayak dan menaiki banana..sangat teruja..sebelum nie kayak dalam kolam jew..tapi kali nie kayak, pusing 1 pulau woo..kitaorang tawan 1 pulau..haha..

Tibalah masanya kitaorang menaiki banana..sempat posing2 dulu sebelum bot menarik banana tue..
peace yo..!!!
sume bersiap sedia..pemandu hadapan fokus gilerr..haha
pengembaraan bermula..yeah2..!!
baru naik xsampai 15 saat dah terjatuh..kuikui..alamak driver depan xseimbang pulok..jatuh mengejut, xsempat nak amik nafas..makanya semua telan air laut la..merah mata2 woo..
jatuh tengah2 laut pulak tue..adoii2..
hero laut kita menolong untuk naik balik atas banana..aku panjat sendiri ja sebab kaki panjang cikit senang nak capai tempat pemegang die..haha
panjat2 jangan xpanjat..
pengembaraan diteruskan kembali..wuhuuuu..!!
kali nie xjatuh dah..dah hebat2 belaka mengimbang..
sempat lagi melambai2 kat pelancong2 di tepi pantai..poyo giler kan..??
bot dipandu semakin laju..
selekoh bakal diambil..abihla kitaorang pasnie..terguling2 ja jawabnya nanti.
makanya tergolek2 lah jatuh di tepian pantai kitaorang semua..tenggelam abih dah suma..
blurp2..timbul kembali..peace yo..!!

bersambung....


Pangkor..Berbaloi-baloi..!! Bahagian 1

10 July 2011 · 1 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia..Alhamdulillah selamat juga aku dan teman2 yang lain pergi bercuti selama 3 hari 2 malam di Pulau Pangkor pada 7,8 dan 9hb..hehe.Memang enjoy, tenang sangat2 dari segala kesibukan di tempat kerja..Di bawah diantara gambar2 yang sempat diambil ketika pusing2 pulau menaiki bot..

korang perhatikan betul2 batu tue..ad x srupa ikan paus x..?? kelihatan mulut dan pokok tue seperti air yang memanjut keluar dari badan ikan paus tue..=)
nie adalah tempat dimana kitaorang akan menyelam sebentar lagi..tunggu..
jernih kan air die..boleyh nampak dasar tue walaupun sebenarnya 3meter dalamnyer..
nie pulak pemandangan pokok cinta..2 batang pokok yang tumbuh bersama atas batu..romantik jugak pokok ne yerr...
Coral Island..perasan x pondok ada payung tue..gerai burger tue..haha

ini pulak batu yang berupa bentuk buaya yang sedang mendarat..kelihatan muncung mulut dan mata yang terpejam..masa nie air pasang, kalo x dapat lihat bentuk badan sekali..kat belakang dia ad lagi 1 batu..berbentuk buaya juga tapi lebih kecil..maybe anak die kot..menakjubkan..
muke2 excited habis..haha.kebanyakkan xpernah explore lagi pulau2..tue yang jadi macam nie..

bersambung......



t!nggalkan j3jak s3kal! yeRr

Ampersands & angle brackets need to be encoded.
Related Posts with Thumbnails

Corat-Coret

^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^
Tahun Baru 2020
nak meluaskan bidang kerjaya dan menstabilkan ekonomi family dan diri sendiri..bebas dari hutang yang membebankan..insyaAllah..amin.

^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^


Geng2 sEt!a

p3ngunjUng k3hOrmat