Popular Posts

kisah-kisah kue

Bersama Teman2..

31 July 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam 1 malaysia...alahai dah berabuk2 nampak gayanya blog aku nie..hurmmm, sebenarnya laptop buat hal cikit..tue yang dah jarang nak update blog..walaubagaimana pown sementara masih boleyh nak update nie, amik peluang la..

24hb Julai yang lepas, sepertimana dalam entri2 yang lepas aku ada sebut tentang nak jumpa teman2 semasa sekolah rendah kan..So, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun aku mula2 sesat 45 minit gak mencari jalan untuk sampai ke sana...haha..

Bawah nie diantara gambar2 kenangan yang sempat diamabil semasa kitaorang semua berada di dem..layannn...




SEKIAN...ROGER N OUT..



memang benar...

23 July 2011 · 6 tengah goreng


CINTA ITU BUTA
DAN JUGA BOLEH MEMBUTAKAN
JIKA DINILAI DARI SUDUT YANG BERBEZA
NESCAYA TIADA SIAPA YANG MAHU MELALUINYA
AKAN TETAPI
KERANA CINTA AKU KENAL AKAN DIRI
KERANA CINTA AKU PELAJARI ERTI HIDUP INI
BIARKAN MASALAH SEMUANYA BERLALU
BIARLAH IAINYA BERLALU..BIARLAH..
AKU TETAP TABAH MELALUI
KERNA DISITU DETIK PERMULAAN BARU
PERJALANAN DALAM HIDUPKU




Aku Nak Cuti...=)

20 July 2011 · 1 tengah goreng

Alhamdulillah..23hb dan 24hb, 2 hari yang aku mohon cuti dari bekerja..Sangat teruja sebab dapat merehatkan fikiran, minda, emosi serta semua anggota badan aku dari segala tekanan-tekanan dan penah lelah di tempat kerja..Selama ini, nak dapatkan cuti memang cukup susah sebab tempoh 6 bulan sebelum comformation kerja, aku tak dapat lagi kebenaran untuk memohon cuti..Permulaan Julai 2011, baru dapat mohon..So, peluang yang ada jangan dilepaskanla..hehe.


Apa yang dirancang 23hb dan 24hb..??

Melalui rakan2 sekolah rendah "Bestari01" , dimana kami telah merancang untuk buat 1 perjumpaan pada 24hb..Nak dibilang reunion tidak juga..Hanya sekadar lepak2 dan perjumpaan biasa..Lagipun dah lama tak jumpa diorang ni..Sejak habis sekolah rendah, semua bergerak dengan haluan masing-masing. Tambahan pula aku telah berpindah ke Butterworth..Hopefully 24hb nanti menjadi hari yang gembira buat kami semua..=)

24hb saja ka..?? Bagaimana pula dengan 23hb..??

Haa..Untuk 23hb nanti, berkemungkinan hanya aku seorang yang akan keluar pergi tengok wayang..Jalan-jalan lepak tepi pantai dan ronda-ronda dengan moto..Asalkan dapat hilangkan kepenatan dan stress..Sebab sebelum ini pun aku memang selalu keluar sorang-sorang ja..Dah terbiasa, So tak menjadi masalah sabgat bagi aku..=)
Paling penting 23hb nanti dapat tengok bola sepak pertemuan di antara Harimau Malaya menentang Singapura untuk kelayakan Piala Dunia 2014 nanti..Memang cuti yang terbaek lah..


p/s : maaf di atas post yang sekadar coretan-coretan kosong..hanya ingin diluahkan apa yang bermain di fikiran, yang terbuku dihati dan yang memberontak dijiwa untuk dilepaskan..huhu..peace yaww..=)


Bakat TV 2011

19 July 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam 1 malaysia..


Baru sahaja tadi berakhirnya kemuncak bagi Bakat TV 2011 Kemuncak Inspirasi..Dimana 8 peserta telah bertanding dengan persembahan cukup mantap..


                            Christopher Aban                               Razali
   


                                     Fariz                                     MUZSTAR-E
   


Warisan Seni Negeri Sembilan


No Noise


Stop Reverse Crew


Putera

Pemenang Peserta Paling Popular 
(RM10,000)
RAZALI
Pemenang Tempat Pertama (Juara Bakat TV 2011)
(RM20,000)
RAZALI
Pemenang Tempat Ke-2 
(RM15,000)
PUTERA
Pemenang Tempat Ke-3
(RM10,000)
WARISAN SENI NEGERI SEMBILAN

Pemenang Saguhati
(RM5,000)
STOP REVERSE CREW
CHRISTOPHER ABAN
MUZSTAR-E
FARIZ
NO NOISE


p/s : Tahniah buat semua pemenang dan para peserta yang bertanding..Aku cukup terhibur dengan persembahan tadi dan juga persembahan artis jemputan seperti apek, lan, aleycat dll..=)



Sangat Puas Hati..Kalah BERMARUAH..!!!

17 July 2011 · 6 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..Salam 1 Malaysia..


Cerita tentang bola sepak belum tamat lagi..Apa2 pown keputusan perlawanan persahabatan di antara Malaysia menentang Liverpool berkesudahan Liverpool menang dengan 6 jaringan berbanding Malaysia dengan 3 jaringan..Kalah Harimau Malaya adalah BERMARUAH..Sebab apa, gol yang dijaringkan Shafik Rahim melalui sepakan percuma dan gol ke-3 Malaysia dari Safee Sali memang terbaek..


Jom saksikan kesemua gol yang dihasilkan..
Fokus pada gol dari Harimau Malaya taw..hehe
TAPI....


dan TETAPI....


Sedikit kurang menyenangkan dengan aksi yang dipamerkan oleh jentera bahagian pertahanan Harimau Malaya yang seringkali cuai dalam kawalan bola sehingga 3 atau 4 gol telah dijaringkan hasil kecuaian kawalan pertahanan..hurmmm...Khairul Fahmi @ Apek..?? kembalikan sengat anda seperti dahulu..nampak reputasi anda makin menurun..Bukan nak salahkan tapi hanya untuk peringatan,lagipown tahu beliau baru sahaja sembuh dari kecederaan..apa2 pown perlu diperkemaskan lagi pertahanan dan kawalan dari penjaga gol..maksudnya disini "bahagian pertahanan dan penjaga gol kena lebih chemistry orang kata..bagi ada contact cikit antara 1 sama lain, baru lah mantop"..


NAMUN....


Tahniah diucapkan buat skuad Harimau Malaya yang bermain bersungguh-sungguh pada perlawanan tu..Untuk pertemuan dengan Chelsea nanti, perkemaskan lari corak serangan dan terus mengaum..Aummmm..


HIDUP HARIMAU MALAYA
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU



Jangan Ejek Kami

16 July 2011 · 3 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia...


Dipetik dari akhbar Kosmo! harini,


"Jangan Ejek Kami"
JURULATIH skuad bola sepak kebangsaaan, Datuk K. Rajagobal tidak sanggup mendengar anak-anak buahnya diejek peminat tempatan ketika berdepan Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil petang ini.


Ini kerana Rajagobal jelas berasa kecewa dengan sikap peminat yang hadir ketka menyaksikan skuad Harimau Malaya tewas 0-4 kepada Arsenal, Rabu lalu.


"Ketika menentang Arsenal, pemain-pemain saya diejek (peminat) apabila melakukan kesilapan. "Sebagai rakyat Malaysia dan menetap di Malaysia, bukan kita tidak boleh menyokong kelab Liga Perdana England tetapi kenapa tidak boleh sehari saja datang ke stadium pakai jersi Malaysia?
"Saya harap hari ini ramai yang datang dengan jersi Malaysia, terutamanya warna biru," kata Rajagobal..




Bukan saja K. Rajagobal yang rasa kecewa, aku lagi la rasa kecewa..Waktu perlawanan berlangsung aku terpaksa bekerja..Balik2 rumah, terus online tengok keputusan 4-0..xpelah sebab bermain dengan bintang2..Tapi aku jadi xpuas hati bila hampir lebih 90% penyokong yang hadir berpakaian jersi Arsenal..Eh kita dekat mana sekarang nie..Mana pergi semua penyokong2 Harimau Malaya yang dahulu gah2 berteriakan sini sana..huuu haaa sana huuu haaa sini..Sehari ja bai, supportla sikit..


Cube korang pikir kalo situasi macam nie :
"Sekolah A vs Sekolah B..bermain di Padang Sekolah A..1 Sekolah semua turun tengok tapi dukacita dorang bersorak pada Sekolah B"..Apa yang player2 Sekolah A rasa..??lemah semangat weyh..sedih...kecewa...Aku kalo dok dekat ngan KL ka Shah Alam ka..Memang aku dah turun g tengok aih..sebab jauh n xdapat cuti kerja punya pasalla xdapat nak g..


PESANAN BUAT PEMINAT YANG TURUN KE STADIUM
"Support cikit skuad Harimau Malaya..korang nak sorak kat macamana pown xkisahla, yang penting pakai jersi MALAYSIA tue"..menampakkan sikit sokongan korang semua..Selama ni boleh ja pakai..kalau lah player2 Arsenal,Liverpool, Chelsea fasih bahasa Melayu mesti dorang akan cakap "ramai peminat kita disini, peminat mereka semua kita pegang, sebab kita lagi hebat berbanding mereka"..kalo macam nie aku rasa bila lah skuad kita nak melangkah ke hadapan..tiada sokongan dari peminat..Entahla..


xsusah..pakai jer jersi biru sehari nie..senang kan..??
lepas tue 364 hari selebihnya pakai jer jersi dorang..


PEMINAT UMPAMA TULANG BELAKANG kepada kebangkitan Skuad Bola Sepak Tanah Air kita..Teruskan menyokong Harimau Malaya..kita tengok petang nie macamana..ad perubahan ataupun sama ja..


PESANAN BUAT PEMAIN HARIMAU MALAYA
Usah gentar..abaikan berkaitan penyokong semua dahulu, fokus pada permainan dan apa yang dirancang..aku yakin bila korang berjaya buat jaringan ataupun buat kejutan dengan menewaskan pihak lawan..100% yakin perasaan malu akan muncul pada diri para penyokong yang xsupport Harimau Malaya..FOKUS..FOKUS..






p/s : Aku terpaksa bekerja hari nie tapi segala liputan tentang perlawanan petang nanti aku xkan terlepas sebab aku sentiasa menyokong skuad Harimau Malaya..kalah menang xkisah sebab disini "TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"..





Untung Laa..Harimau Malaya..Online Sampai Lebam

15 July 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam 1 malaysia..."Untung Laa Harimau Malaya Online Sampai Lebam" sebenarnyer bukanlah 1 baris ayat OK..Sebenarnya perkataan tue adalah berkaitan dengan T-shirt..

Untung Laa..


Perihal Untung Laa nie tercetus oleh member aku Pendekar Bercahaya dan teman2 yang lain yang kitaorang buat 1 pages kat facebOok diberi nama 3G (Gengz Gila-Gila)..Bila tercetusnya pages nie, komen2 sikit2 mesti ada penggunaan ayat Untung Laa..So, maka dengan ini tercetusla idea unutk membuat T-shirt Untung Laa yang bakal siap insyaAllah awal bulan depan kot..Ntahla sebab diuruskan oleh 2 orang ahli member kitaorang..huhu


Online Sampai Lebam


Nie pulak design baju yang dibuat oleyh pemilik blog D'Antara sembilan Akal sebagai pencetus semangat buat para blogger untuk terus berblog..Aku dah tempah pown..Aku sangat suka dengan watak kartun hijau yang die bawak kat blog dan juga entri2 dia..sangat menarik dan stylo habis..Kalo korang xpercaya, nanti korang tengok sendiri yerrr..

Harimau Malaya

T-shirt nie adalah T-shirt edisi khas Harimau Malaya yang dibuat oleh Sri De Lara Trading Sdn. Bhd.. Aku terperasan kat facebook die (KLIK SINI) dan tertarik lah dengan design nih..Tapi yang nie aku xtempah lagi, ujung bulan nie baru order sebab gaji baru masuk..So bagi siapa2 yang nak tempah T-shirt edisi khas Harimau Malaya nie boleyh ke Facebook Sri De Lara untuk membuat tempahan dan keterangan lanjut..


Sekian..Peace Yaw..!!!







Ayuh Harimau Malaya..!!

13 July 2011 · 0 tengah goreng

Kredit to Sanoktah Blogspot kerana mengdesign wallpaper nie..

Assalamualaikum wbt..Buat semua peminat bola sepak tanah air..Ayuh kita bersorak malam nie bagi memberi semangat kepada skuad bola sepak negara kita "Harimau Malaya" yang bakal menentang Arsenal..Walau apa pun keputusan malam nie, Team Harimau Malaya tetap ak sokong..Hope malam nie semua pemain Malaysia mempamerkan aksi yang maksimum..Bangkit membuat kejutan, usah gentar pada pihak lawan dan kembalikan kegemilangan bola sepak tanah air..Yeahh..


TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Dipetik dari akhbar Kosmo harinie..
"Malaysia Tidak Gentar" , Safiq (No.8) bertekad membantu skuad Harimau Malaya bagi mencipta kejutan ke atas Arsenal pada aksi perlwanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini..Kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim melaungkan keyakinan untuk memastikan tentangan hebat diberi kepada kelab Liga Perdana England, Arsenal pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini. BERDEPAN bintang-bintang Arsenal bertaraf dunia bukan bermakna para pemain skuad bola sepak kebangsaan tidak berupaya untuk menandingi kehebatan mereka di atas padang.


“Walaupun mereka (pemain Arsenal) semuanya berstatus bintang dunia tetapi itu tidak bermakna kita tak mampu menandingi mereka."
“Apa yang diharapkan esok (hari ini) ialah supaya kami dapat mencipta satu kejutan."
“Peluang ini bukan senang nak dapat. Tak semua pemain dapat peluang seperti ini dan harap rakan-rakan sepasukan memanfaatkannya,” kata Safiq ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Nasional petang semalam.




p/s : Dukacitanya malam nie aku xdapat nak tengok match sebab reja malam pulak..Sangat sedih..Hmmmm...sedih..sedih..sedih..



Pangkor..Berbaloi-baloi..!! Bahagian 3

12 July 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..Pengembaraan di Pulau Pangkor diteruskan lagi..huhu..selepas penat2 berkayak dan menaiki banana bot, kali nie kitaorang snorkelling, bermain tower dan berBBQ la pulak..jom layan jew..=)

bergambor dulu sebelum snorkelling..peace yo..!!
kedalaman air antara 2~3 meter dalam..ikan banyak woo..ada sekor ikan kaler biru besar giler tapi kedudukan die bawah sekali..memang terbaek..
tibalah masa bermain tower2..yang nie ape roda ntah aku pown tataw..naik da ghuper hamster..haha
kasi jerut sama dia..aksi diluar kawalan..huhu
gayat woo atas menatang nie..dahla nak panjat punya susah..
pulun bro pulun..sepenuh tenaga dikerah untuk panjat menatang nih..haha
lepas bermain air, berehat sebentar menikmati makanan..apa depa 2 dok sembang aku tatawla..
berehat sebentar lepas jamuan BBQ..memang kenyang sebab macam2 lauk ada..ikan, ketam, kerang, sosej, air asam, tomyam pown ada..huhu..

Tamat lah sudah percutian selama 3 hari 2 malam kitaorang di Pulau Pangkor..Memang berbaloi-baloi..rugi siapa yang xdatang..tapi kena rancang aktiviti awal2 lah baru enjoy nanti..Ok roger n out..Masa untuk bekerja kembali..Peace Yo..!!

TAMAT


Pangkor..Berbaloi-baloi..!! Bahagian 2

11 July 2011 · 2 tengah goreng

Ok kite bersambung kembali..hehe..lepas pusing2 pulau, maka kali nie pengembaraan diteruskan kembali dengan aktiviti berkayak dan menaiki banana..sangat teruja..sebelum nie kayak dalam kolam jew..tapi kali nie kayak, pusing 1 pulau woo..kitaorang tawan 1 pulau..haha..

Tibalah masanya kitaorang menaiki banana..sempat posing2 dulu sebelum bot menarik banana tue..
peace yo..!!!
sume bersiap sedia..pemandu hadapan fokus gilerr..haha
pengembaraan bermula..yeah2..!!
baru naik xsampai 15 saat dah terjatuh..kuikui..alamak driver depan xseimbang pulok..jatuh mengejut, xsempat nak amik nafas..makanya semua telan air laut la..merah mata2 woo..
jatuh tengah2 laut pulak tue..adoii2..
hero laut kita menolong untuk naik balik atas banana..aku panjat sendiri ja sebab kaki panjang cikit senang nak capai tempat pemegang die..haha
panjat2 jangan xpanjat..
pengembaraan diteruskan kembali..wuhuuuu..!!
kali nie xjatuh dah..dah hebat2 belaka mengimbang..
sempat lagi melambai2 kat pelancong2 di tepi pantai..poyo giler kan..??
bot dipandu semakin laju..
selekoh bakal diambil..abihla kitaorang pasnie..terguling2 ja jawabnya nanti.
makanya tergolek2 lah jatuh di tepian pantai kitaorang semua..tenggelam abih dah suma..
blurp2..timbul kembali..peace yo..!!

bersambung....


t!nggalkan j3jak s3kal! yeRr

Ampersands & angle brackets need to be encoded.
Related Posts with Thumbnails

Corat-Coret

^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^
Tahun Baru 2020
nak meluaskan bidang kerjaya dan menstabilkan ekonomi family dan diri sendiri..bebas dari hutang yang membebankan..insyaAllah..amin.

^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^


Geng2 sEt!a

p3ngunjUng k3hOrmat