Popular Posts

kisah-kisah kue

doodle #1

23 August 2011 · 1 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam ramadhan buat semua teman2..


Dalam minggu terakhir ramadhan nie, di blog2 asyik menonjolkan kartun2 Doodle dorang yang chumel2..Aku sendiri tengok on terasa chumel..hehe..Aku xpandai nak buat sebenarnya dan baru ja nak belajar..So, aku pon cuba buat 1 Doodle raya menggunakan paint sebab aku memang taw guna paint ja...haha..Xpew2, baru nak belajar kan..??


Hasilnyerrrr.....
yang nie aku buat seiras2 insan tersayang siti haslina hasni..
mengenakan pakaian berwarna purple, warna kesukaan..
sukew tak sukew tak..hehe



p/s : apa2 pon thanks buat blog nieyxzhazlan kerana bagi aku ilham untuk buat kartun doodle sendiri nie..=)





Berbuka bersama Geng Maintenance..

21 August 2011 · 0 tengah goreng


Assalamualaikum wbt dan salam ramadhan ke-21..

Alhamdulillah segala yang dirancang pada awal bulan terlaksana juga akhirnya..Plan lokasi diset oleh Mr Zaki kat Puncak Mutiara Cafe Kg. Pelet..Geng2 maintenance seramai 16 orang telah join venture, ada lagi yang xdapat datang atas sebab2 yang tertentu..Walaubagaimana pun makan tetap makan..hehe..Menu dihidangkan secara buffet, so layan diri lah yerr...Menu yang jadi rebutan semesti daging kambing bakar..memang terbaek sebab jarang aku dapat makan kambing bakar nie..

   
 Hidangan yang bakal aku berbuka bersama nanti dan yang sebelah kanan pulak hidangan berbuka member aku..bapak penuh 1 pinggan..haha

   
 yang lain tengah berborak sambil melayan perasaan sementara menunggu waktu berbuka

 selesai sudah...jauh berbeza pinggan atas meja sebelum dan selepas berbuka.."semakin bertambah berganda2"..=P



p/s : selesai sudah...kenyang makan kambing..haha..esok start reja balik sampai hari sabtu..shift petang la pulak..xpela layan jerrr..




Harimau Malaya dah sampai...!!!

18 August 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia...
Alhamdulillah dah puasa ke-18 hari nie..pejam celik kejap ja..Ok lah harinie ada perkhabaran gumbira buat aku..Balik2 reja ja tadi mak aku hulur sekeping kertas..Pos Laju punya kertas mintak g tuntut barang kat pejabat pos..Apakah..?? wahhh, t-shirt Harimau Malaya dah sampai la der...TERBAEK!!!...


Thanks buat Sri D' Lara Sdn Bhd..
bergambor sebentar bersama T-shirt baru..=)

   
 sangat ganas kan..?? suke tak sukew tak...


p/s: sangat suke..lepas nie menanti 2 t-shirt lagi dr blog 9akal dan juga t-shirt group 3G(gengz gila-gila)..xsabor2..=)







Beliau milikku selamanya...

16 August 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt...

xmow citer panjang2 juz nak cakap "beliau dah jadi milik teman" pada tarikh 
16-08-2011...sekian terima kasih

ZR (Z-Rey) bagi nama cikit2 cam nama aku..haha
~ PKF6416 ~



p/s : dapat2 moto, kad yang tauke kedai bagi tercampak kat mana entah sedangkan kad tue penting sbgai rujukan masa nak bayar tiap2 bulan nanti...adoyaiiii..



Lee Chong Wei mara bergaya ke FINAL

13 August 2011 · 0 tengah goreng


Salam sejahtera buat semua..
B W F
W O R L D   B A D M I N T O N
C H A M P I O N S H I P S
L O N D O N   2 0 1 1

Sebentar tadi baru sahaja tamatnya bertemuan perlawanan separuh akhir badminton di antara Datuk Lee Chong Wei (MAS) menentang Chen Jin (CHI) yang berlangsung di Wembley Indoor Arena di London dengan kemenangan berpihak kepada DLCW dengan kemenangan straight set (21-13, 21-9) dalam masa 43 minit..DLCW mara dengan bergaya ke final yang bakal berlangsung keesokan harinya..Menanti pencabar beliau di final nanti sama ada Lin Dan (CHI) ataupown Peter Hoeg Gade  (DEN) yang bakal bertemu dianggar jam 2 pagi nanti waktu Malaysia..Sama2 kita menyokong kemaraan DLCW di final nanti..Malaysia Boleyh..!!!


Datuk Lee Chong Wei
(Malaysia)
VS
  OR  
       Lin Dan                                 Peter Hoeg Gade
(China)                                     (Denmark)

MILIK SIAPAKAH KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011
 KALI INI



FacebOok..InGat lAgi X??

· 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..Sementara menunggu berbuka puasa 2 jam lagi (lambat lagi tu,buat-buat ayat macam lagi 1 minit nak berbuka), nak tanya lah sedikit kat korang..Semua mesti ada akaun facebook sendiri kan..?? tipulah kalau kata tak ada sebab budak tadika pon dah pandai berfacebook2 ni..


Soalan nya berbunyi : Ingat x facebook korang siapa yang tolong buatkan..?? ker korang yang buat akaun sendiri..??

Kalau aku yang jawab : Jawapanya ialah..jeng..jeng..jeng..

Sebenar-benarnya akaun facebook aku bukan aku yang buat..aku mintak kawan aku sorang ni yang buatkan sebab masa tu aku memang tak tahu langsung nak guna pakai menda alah facebook ni..dengan tulus ikhlasnya beliau telah membantu aku buatkan akaun baru tanpa sebarang kos pendaftaran mahupun kos upahan..huhu..Beliau adalah Nurul Aqilah Bt Suhaimi atapun lebih femes dipanggil cik nini..

Macam pernah tengok lak kan..??..beliau nie adalah pemilik blog Diaryy Misz Nini..ada tuh tersenarai dalam frenz blog kat blog aku ni..hehe..cun melecun x..??nak NGORAT..??eh2 xbuleyh na sebab beliau sudah berpunya..xgitue Cik Nini..haha..apa2pun sudi2 singgah ke blog beliau yerrr...


Soalan yang ke-2 berbunyi : Siapa yang memulakan @ menghasut korang untuk membuka akaun facebook ni..??ayat cam xpuas hati je kan..hehe

Kalau aku yang jawab : Jawapanya ialah...jeng...jeng...jeng...

Beliau nie seorang perempuan juga..Bekas teman sekelas waktu aku di sekolah menengah lagi..Cun kah..??beliau memang cun melecun tetapi awas, dilarang NGORAT taw..mak dia marah t baru taw..haha..Beliau diberi nama Nurul Hidayah Bt Mohd Zim atau lebih dikenali sebagai Dayah..

Yang ni pun macam pernah tengok ja kan..?? tersenarai juga dalam list frenz blog aku tu..kunjung2lah ke halaman blog beliau nanti yer SWEET CANDY yang semestinya sweet sangat2..hampa buat baiklah dengan dia sebab nanti raya dia akan jemput korang datang makan SATEY dekat rumah dia..huhu..



p/s : Angkara mereka 2 ni lah aku asyik menghadap laptop bukak facebook..haha. tapi xpa syiOk gak nO..=)




Piala Malaysia 2011.."MILIK SIAPA"

· 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia...


Sekarang nie bermulanya kempen Piala Malaysia akan bakal berlangsung tidak lama lagi..Aku cukup tertarik dengan semua design2 yang dah dibuat oleh para2 penyokong liga tempatan nih...memang styloo..korang nak tengok leyh tekan sini "HARIMAU MALAYA"..kalau nak buat wallpaper kat lappy korang pon boleyh..NO HAL punyalah..leyh ushi dulu kat bawah nie..kalau berminat..."KLIK GAMBAR TUE YERRR"..anda akan dibawa secara terus menerus ke pages Harimau Malaya Piala Malaysia Corner..downloadlah dan terus menyokong liga tempatan..=)

KLIK PIC ATAS NIE...


TANAH TUMPAHNYA DARAHKU


p/s : teruskan menyokong liga bola sepak tempatan..penyokong ibarat nadi kepada kebangkitan bola sepak tanah air..


~ K.O.S.O.N.G ~

· 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..

Malam nie tiada apa yang ingin aku tulis..Cuma mengharapkan segalanya hari esok adalah lebih baik dari hari ini dan hari-hari yang sebelumnya..hidup perlukan perubahan, perubahan itu memerlukan pengorbanan dan juga sokongan..keyakinan dan kekuatan untuk melakukan perubahan itu adalah perlu..xsama dengan cari follower dekat facebook mahupun Blog.."I follow,U follow I back"..perubahan atas dasar follow2 ini tidak akan kemana jika hati berkata TIDAK..lakukan perubahan atas dasar niat diri sendiri untuk berubah..

"Doakan sama perubahan ku wahai teman2 semua..
Aku memerlukan sokongan dari kalian.."


p/s : Aku mahukan perubahan dan aku AKAN BERUBAH..=)


Duit raya...Duit raya...

11 August 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia..


"Duit Raya"...eh awalnyer diperkatakan tentang duit raya sedangkan hari nie baru Ramadhan ke-11..huhu..tambahan pulak aku pun dah umo 22 tahun...mane lagi nak dapat duit rayer..MUSTAHIL kan..?? memang sangat MUSTAHIL tapi kalau nak kuarkan duit bagi duit rayer tue memang XMUSTAHIL la..haha..


xnak ke duit rayer cam nie..?? 
bagi adik2 bawah 10 tahun tue memang cukup seronok la kan..?kan..?

YANG NIE XNAK GAK KE..??

Sebenarnyer tajuk entri aku nie xdak kena mengena pon tentang duit rayer yang macam kat atas nie..haha..Yang sebetulnya aku bulan nie kena buat OT 4x..so, dapatla tambah cikit pendapatan untuk bulan nie..tue yang jadi modal duit rayer cikit nanti..Alhamdulillah sebab dipanggil untuk buat OT...letih memang letih tapi apakan daya, nak cari duit lebih punya pasal terpaksala bekerja keras cikit..


p/s : So, bagi cik kak dan cik abang, pakcik dan juga makcik..bulan nie reja keras la cikit na..banyak nak dibelanjakan untuk family2 nanti..huhu.Bulan Ramadhan nie rezeki melimpah-limpah kater ko..Reja2 jugak tapi amal jangan dilupa yerr...k salam.=)





mimpi-mimpi lagi

09 August 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan selamat tengahari...


Aku pown xtahu kenapa harini ja lepas balik reja, aku tidor dalam pukul 1.30am tadi sehinggalah subuh tadi, dah 2x aku mimpi perkara yang sama..hurmmm, adakah ianya semakin hampir untuk terjadi..jeng...jeng...jeng...
3 bulan yang lepas aku ada merancang untuk tukar moto baru tapi xterhasil sebab masalah kewangan cikit..macam2 nak guna..so, terpaksalah bertangguh dahulu..simpan sikit2..sebulan rm500..sekarang dah ada rm1000..bulan nie, insyaAllah kalau xdak apa2 halangan, pertengahan bulan nie..(minggu depan) aku nak angkat seijik moto lah..


Mimpi aku sampai 2x tue pown berkaitan ngan moto la jugak..2x woo aku mimpi nek moto baru (moto yang sama aku nak beli lak tue)..yang xleyh belah , entah sampai ke mana aku bawak moto tue g jenjalan aku pown tataw la..macam kat tepi gunung, tapi ada pulak laut, yang paling pelik aku parking kat tempat "bas dan reta"...haha. tak masuk akal betollah.."mainan tidur" kuat sungguh aih..


Mengharapkan minggu depan aku x terkecuali untuk menerima bonus raya..ada yang cakap dapat, ada yang cakap maybe xdapat...tapi aku mengharapkan dapat la..kalo dapat, cepat cikit aku angkat itu moto..kalau tak, asyik bertangguh ja..nampak gayanya xjadi la la angkat...huhu..


k, maw layan TV jap..ada rancangan masak "Ketuk-ketuk Ramadan" bersama sheila rusly..artis jemputan "Pak Yus Jambu" lak tue..12.30pm..jom pakat2 layan...





tupai...oOo..tupai

06 August 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam ramadhan buat semua..

Malam nie nak citer sikit tentang haiwan nie.."Tupai Prairie"..sebab tapi masa bukak puasa adala tengok citer haiwan2 nie kat TV1..tertarik lak aku dengan gelagat si tupai nie..kelakar dan sangat chumel...


Nie adalah tupai prairie tergolong dalam spesis tupai tanah...tupai nie hidup di kawasan padang Amerika Utara..seperti dalam episod tadi, lubang tempat tinggal tupai prairie nie sangat besar dan kadang-kala bekas2 lubang tupai nie akan didiami oleh haiwan2 yang lain..

Chumel x keluarga si tupai nie..huhu..berdiri dua kaki lak tue..kelakar tol...




p/s : teringin plak nak bela binatang yang kecik dan chumel2 nie..huhu



hujan yang turun bagaikan mutiara

03 August 2011 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..salam ramadhan ke-3 ya..

Nak diceritakan hari nie memang cukup panas cuacanya di pagi hari..sampai tengahari perghhhhh...terik bebenor kata ko..reja aku harinie lak asyik panjat tangga sana sini, perghhhhh lagik memang letih kata ko..dahaga bukan nak cakapla..tapi Alhamdulillah atas cikit tengahari hujan turun cikit dan lewat petang tadi dalam 6.30pm pown hujan turun sampaila skunk nie..sejuk cikit suhu kat sini..hehe..tapi sejuk2 gak, aku pown xterkecuali basah lencun..salah target lak arinie kuar g bazar ramadhan xpakai sweater..target panas, last2 hujan.."Terbaekkkk!!!"..

Apa2 pown selamat berbuka ya..menu berbuka aku harinie "masakan mak" dan "air jus epal" sebungkus..harap maklum..haha..peace yaww...=)



Puasa dihari yang pertama

01 August 2011 · 0 tengah goreng

Ku mengharap kan Ramadhan kali ini penuh makna...
Agar dapat ku lalui dengan sempurna..

Assalamualaikum wbt dan salam 1 malaysia...alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana diberi peluang lagi kepada kita semua untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini..Bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan..Buat pertama kalinya juga pada tahun ini, aku berpuasa dalam waktu dah bekerja..hehe..kalau tidak puasa bersama teman2 sekampus..kali nie berlainan cikit..


Seperti biasa apabila tibanya Ramadhan nie, bazar2 penuh dengan pelbagai jenis makanan..Orang pown jangan dikata lah..penuh xterkata dan aku cukup tertarik dengan ayat seorang budak nie, selisih dengan aku masa kat bazar Ramadhan tadi..


"Aku tengok orang kat bazar nie beratoq nak beli makan dah macam nak beli tiket tengok bola dah"...


Haha memang lawak tol..Tapi memang betullah cakap dia tue..memang sangat ramai orang..Tapi aku rasa, semua peniaga2 memang seronok bila tibanya Ramadhan..bukan sahaja dapat mningkatkan amal ibadat, tapi disebaliknya memberi sumber rezeki yang berlipat kali ganda buat mereka..Bayangkana tadi aku ada lalu berdekatan gerai menjual kuih..Spontan ayat dari seorang peniaga kepada seorang akak tue..


"tinggal yang nie ja yang ada kak, yang lain semua dah habis"..


Aku pown tumpang tengok sekali..adala 4,5 biji kuih yang tinggai...hahaha..murah rezeki peniaga2 nie semua..Xmaw celoteh panjang2 sebabnya masih berbaki 29 hari lagi bulan Ramadhan..rebutlah peluang yang ada ini sebaek2nya..kita tidak tahu samada akan diberi peluang untuk melaluinya lagi tahun mendatang..Salam Ramadhan buat semua...Peace Yawww..=)





t!nggalkan j3jak s3kal! yeRr

Ampersands & angle brackets need to be encoded.
Related Posts with Thumbnails

Corat-Coret

^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^
Tahun Baru 2020
nak meluaskan bidang kerjaya dan menstabilkan ekonomi family dan diri sendiri..bebas dari hutang yang membebankan..insyaAllah..amin.

^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^


Geng2 sEt!a

p3ngunjUng k3hOrmat