Assalamualaikum wbt..salam 1 malaysia..sebenarnya nak update entry nie semalam, tapi di atas kesibukan kerja..terpaksa tangguhkan harini..Oklah, seperti minggu yang lepas, aku ada ulas cikit tentang persembahan peserta2 maharaja lawak minggu ke-4..sO, untuk minggu ke-5 nie ak nak ulas gak cikit..Untuk minggu ke-5, menyaksikan 8 peserta yang berentap iaitu "Jambu, Man, Amir, Sepah, Jozan, Jihan, Nabil dan Balas" selepas 4 minggu yang lepas sudah ada 4 penyingkiran peserta iaitu "WAI, XN3, R2 dan Alex". Sebelum tue kita tengok dulu carta undian pada jumaat yang lepas..
MAN (RL5)
Persembahan man kali nie berkisarkan bomoh santau..permulaan yang menghiburkan apabila beliau melakonkan watak dr fadzilah kamsah, eric leong dan juga nasir bilal khan..cuma, pada watak nasir bilal khan kurang menjadi cikit..dan untuk satu watak ke satu watak tue, masa yang diambil "sound pemujaan" terlalu lama..membuatkan tertunggu2 dan membosankan apabila 3,4 kali ulang perkara yang sama..walaubagaimanapun tahniah buat man..=)
NABIL (RL2)
Nabil membawa watak penyiasat persendirian..permulaan kurang sampai lawak dia..namun ada punch line2 yang menjadi seperti "melihat pada mayat ini, ternyata ia sudah mati".."kenapa awak masih pegang bahu saya, oh rupa2nya saya terpijak mayat"..haha..persembahan beliau menjadi lawak bila bertukar watak makcik cleaner..terbaeklah nabil..walaupon minggu nie persembahan kurang cikit berbanding minggu2 yang lepas tetapi masih boleyh diperbaiki..tahniah nabil..
BALAS (RL5)
Persembahan Balas memang xmenghampakan tiap2 minggu, macam minggu nie diorang bawakan watak makcik karipap lagi..yeah memang aku suka watak tue..permulaan sehingga tamat persembahan, memang banyak punch line2 yang ada..memang terbaek dan cukup menghiburkan..double meaning tetap ada.."dia buat2 kira dalam poket, 5 + 5 berapa, dia ketaq dia jawab 11, mai mana jari 1 lagi makcik"...haha..xsabor menanti persembahan diorang minggu depan..syabas2..=)..
JAMBU (RL1)
Jambu malam nie pown lawak gak..persembahan lebih kurang macam citer "Man Laksa"..idea jadi MC dan artis jemputan Yus..haha..terhibur gak tengok diorang dua..percakapan dan penyusunan ayat teratur dan lancar..adegan paling best masa pengakhiran persembahan..boleh plak berborak2..lawak habis..haha..walaupown sekarang nie Jambu ditangga ke-4, menjadi saingan sengit bagi kumpulan Balas..=P
JIHAN (RL3)
Jihan malam minggu ke-5 cam kurang cikit..mungkin tekanan yang diterima dia coz dia sorang ja peserta perempuan yang ada..jalan cerita tue ada cuma yang sampai ke penonton sekadar 1 cerita dan kurang isi jenaka..Dukacitanya Jihan adalah peserta yang tersingkir pada minggu ke-5..walaubagaimanapun tahniah buat Jihan sebab menjadi satu2nya peserta wanita yang sampai ke maharaja lawak..yeah!!..
SEPAH (RL3)
Peserta yang spontan dan xpernah kering idea..tiap2 minggu memang lawak..untuk minggu ke-5 nie, diorang membawakan persembahan tentang 2 perompak yang berjumpa dengan doktor di klinik pergigian..persembahan shuib dengan Dafi nya dan jep yang mantop..cuma mamat ja kurang menyerlah cikit minggu ke-5 nie..hanya 1 punch line yang beliau bagi..yang lain sumanya shuib dan jep..punch line yang kelakar "keluarga saya sume kawen dengan family2 terdekat ja cam pakcik saya kawin dengan makcik saya, pakngah saya kawin ngan makngah saya, kalau saya mestila dengan isteri saya"..hope next week seimbangkan la yerr..sebab korang memang terbaek...diantara calon2 ke final nanti..hehe..
AMIR (RL3)
Persembahan amir dalam 2 minggu nie memang banyak peningkatan..sama juga pada malam nie, memang tidak mengecewakan..aku pown terhibur dengan persembahan beliau..memang cukup banyak punch2 line.."tidurlah kamu sebelum kamu ditiduri"..zizan ngan nabil pown terkena sekali..haha.."nak pilih juliana evans karang marah lak zizan.."irma hasmi pown single sekarang, bertudung dah"..haha..jahat tolla mug nie amir..mamat khalid dah 2 minggu puji persembahan amir "amir semakin berani dan mengerti apa ertinya lawak jenaka"..so, sekiranya terkeluar nanti pown, amir terkeluar bermaruah..tahniah2..
JOZAN (RL1)
Persembahan yang terbaek pada minggu ke-5 adalah Jozan...yeah, memang paling menghiburkan sebab watak gengster tarik kereta yang dibawa zizan memang menjadi "mail lambung"..muka memang ganaz..haha..aku nak cerita pown susah sebab memang lawak..johan pown lawak gak..backup yang sporting..tahniah dan tahniah..So, persembahan pilihan aku minggu nie adalah JOZAN dan peserta yang paling lawak adalaha ZIZAN..terbaeklah korang, memang tepat korang berada di carta pertama sekarang nie..=)
bagi yang ingin mendownload boleyh ke link dibawah k..full dr minggu pertama sampai minggu ke-5..jom layan..
http://www.ddmf.biz/2011/04/gelanggang-maharaja-lawak-2011-sdtv.html#more
Post a Comment
0 tengah goreng: