Popular Posts

kisah-kisah kue

h!km@h r@madhan

16 August 2010 ·

Diriwayatkan pula daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata : Rasulullah s.a.w., telah pun bersabda :
Jika datang bulan ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup, dan syaitan-syaitan dibelenggu.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Ada lagi hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda :
Apabila tiba bulan ramdhan maka syaitan-syaitan serta jin-jin jahat diikat”
(Riwayat Tirmizi, Nasa’I dan Ibnu Majah)



Al-Allamah Muhammad bin Muflin berkata :
"Syaitan-syaitan dirantai dibelenggu pada bulan ramadhan", sesuai dengan zahir hadis tersebut. Atau yang dimaksudkan adalah syaitan-syaitan jahat sebagaimana dalam lafaz ini.


Demikian pula Abu Hatim Ibnu Hibban dn ahli ilmu yang lain memastikan hal ini. Namun ia tidak bermakna
membunuh kejahatan tetapi hanya memperkecil kerana kelemahan mereka tersebut.


Beliau berkata :

"Imam Ahmad memahaminya sesuai dengan makna zahirnya."


Abdullah bin Imam Ahmad  berkata :

"Aku pernah bertanya kepada ayahku kalau benar syaitan dan jin diikat pada bulan ramadhan, mengapa terkadang kita melihat orang gila dan kemasukan jin atau syaitan pada bulan ramadhan?".


Beliau menjawab :

"Begitulah bunyi hadis tersebut dan janganlah kamu cuba hendak menpersoalnya lagi."



Beliau berkata :

"Kerana prinsip Imam Ahmad tidak boleh mentakwil hadis melainkan dengan apa yang sudah ditakwil oleh orang-orang salaf; sekiranya orang-orang salaftidka mentakwilnya maka dia pun tidak melakukannya."


diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda :


"Umatku diberi lima hal yang tidak diberikan kepada umat sebelum mereka : Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah S.W.T.,daripada bau minyak kasturi, malaikat memintakan ampunan bagi mereka sehingga mereka berbuka, setiap hari Allah S.W.T. menghiasi syurga-Nya lalu berfirman "sebentar lagi hamba-hambaku yang salih akan dilepaskan dari beban dan gangguan yang datang kepadamu, diikat padanya syaitan-syaitan jahat dan tidak diizinkan masuk ke tempat yang mereka boleh masuk pada hari yang lain, dan mereka diampuni pada hujung malam."



Ditanyakan :

"Ya Rasulullah, itukah Lailatul Qadar?"



Rasulullah s.a.w., menjawab :
"Tidak, tetapi orang yang beramal ditunaikan pahalanya apabila sudah melakukan amalnya."

0 tengah goreng:

lalalala

Post a Comment

t!nggalkan j3jak s3kal! yeRr

Ampersands & angle brackets need to be encoded.
Related Posts with Thumbnails

Corat-Coret

^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^
Tahun Baru 2020
nak meluaskan bidang kerjaya dan menstabilkan ekonomi family dan diri sendiri..bebas dari hutang yang membebankan..insyaAllah..amin.

^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^


Geng2 sEt!a

p3ngunjUng k3hOrmat