Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia...
Dipetik dari akhbar Kosmo! harini,
"Jangan Ejek Kami"
JURULATIH skuad bola sepak kebangsaaan, Datuk K. Rajagobal tidak sanggup mendengar anak-anak buahnya diejek peminat tempatan ketika berdepan Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil petang ini.Ini kerana Rajagobal jelas berasa kecewa dengan sikap peminat yang hadir ketka menyaksikan skuad Harimau Malaya tewas 0-4 kepada Arsenal, Rabu lalu.
"Ketika menentang Arsenal, pemain-pemain saya diejek (peminat) apabila melakukan kesilapan. "Sebagai rakyat Malaysia dan menetap di Malaysia, bukan kita tidak boleh menyokong kelab Liga Perdana England tetapi kenapa tidak boleh sehari saja datang ke stadium pakai jersi Malaysia?
"Saya harap hari ini ramai yang datang dengan jersi Malaysia, terutamanya warna biru," kata Rajagobal..
Bukan saja K. Rajagobal yang rasa kecewa, aku lagi la rasa kecewa..Waktu perlawanan berlangsung aku terpaksa bekerja..Balik2 rumah, terus online tengok keputusan 4-0..xpelah sebab bermain dengan bintang2..Tapi aku jadi xpuas hati bila hampir lebih 90% penyokong yang hadir berpakaian jersi Arsenal..Eh kita dekat mana sekarang nie..Mana pergi semua penyokong2 Harimau Malaya yang dahulu gah2 berteriakan sini sana..huuu haaa sana huuu haaa sini..Sehari ja bai, supportla sikit..
Cube korang pikir kalo situasi macam nie :
"Sekolah A vs Sekolah B..bermain di Padang Sekolah A..1 Sekolah semua turun tengok tapi dukacita dorang bersorak pada Sekolah B"..Apa yang player2 Sekolah A rasa..??lemah semangat weyh..sedih...kecewa...Aku kalo dok dekat ngan KL ka Shah Alam ka..Memang aku dah turun g tengok aih..sebab jauh n xdapat cuti kerja punya pasalla xdapat nak g..
PESANAN BUAT PEMINAT YANG TURUN KE STADIUM
"Support cikit skuad Harimau Malaya..korang nak sorak kat macamana pown xkisahla, yang penting pakai jersi MALAYSIA tue"..menampakkan sikit sokongan korang semua..Selama ni boleh ja pakai..kalau lah player2 Arsenal,Liverpool, Chelsea fasih bahasa Melayu mesti dorang akan cakap "ramai peminat kita disini, peminat mereka semua kita pegang, sebab kita lagi hebat berbanding mereka"..kalo macam nie aku rasa bila lah skuad kita nak melangkah ke hadapan..tiada sokongan dari peminat..Entahla..xsusah..pakai jer jersi biru sehari nie..senang kan..??
lepas tue 364 hari selebihnya pakai jer jersi dorang..
PEMINAT UMPAMA TULANG BELAKANG kepada kebangkitan Skuad Bola Sepak Tanah Air kita..Teruskan menyokong Harimau Malaya..kita tengok petang nie macamana..ad perubahan ataupun sama ja..
PESANAN BUAT PEMAIN HARIMAU MALAYA
Usah gentar..abaikan berkaitan penyokong semua dahulu, fokus pada permainan dan apa yang dirancang..aku yakin bila korang berjaya buat jaringan ataupun buat kejutan dengan menewaskan pihak lawan..100% yakin perasaan malu akan muncul pada diri para penyokong yang xsupport Harimau Malaya..FOKUS..FOKUS..p/s : Aku terpaksa bekerja hari nie tapi segala liputan tentang perlawanan petang nanti aku xkan terlepas sebab aku sentiasa menyokong skuad Harimau Malaya..kalah menang xkisah sebab disini "TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"..
Post a Comment
3 tengah goreng:
hidup harimau melaya... saya mesti pilih.. sampai bila2 biar menang biar kalah..
terbaek...trimas kerana sentiasa mnyokong harimau malaya..
HARIMAU MALAYA SENTIASA DI HATI KU... HARIMAU MALAYA BOLEH...
Sy de dpt sket info dr kwn yg tgk match kat stadium mse arsenal vs msia, dorang dok 'booooo...' pemain kte... adohhh... cdih taw... bukn pe, jgn la wat cm2 kn.. umpama x hormat negara sndri nma nye... pe pun, Harimau Malaya kalah ari tu, xpe, jdkn sbg pengalaman. Dorang still da best...!!!
HIDUP HARIMAU MALAYA...!!!