Popular Posts

kisah-kisah kue

Sayang Mak Rindu Mak

05 March 2021 · 0 tengah goreng

 


24 Feb 2021
Mak dah boleh discaj wad dan balik rumah..Aku bagitau nanti balik, duduk bertam indah rumah mak mertua..Senang nanti ada kawan sembang, aku n family pun duduk situ jugak jaga dia.. Mula2 dia xberapa setuju sebab segan, tapi aku bagitau dia, rumah aku nak renovate toilet, nanti kalau duduk situ nak ke toilet xboleh, susah..sementara tu duduk sana dulu. Aku bagitau dia nanti toilet dah siap, selesa sikit dia nk guna n mandi, feeling ala2 toilet hotel.

26 Feb 2021
Nampak perkembangan baik sikit, dari xboleh bangun duduk sendiri, dia dh boleh bangun duduk. Makan pun dah ok sikit. Aku rasa lega, sebab planning 1hb march aku kena kerja luar kawasan jadi xrisau sangat.

27 Feb 2021
Tengahari tu lepas makan ubat dia rehat..petang tu bangun nampak macam dia terlalu letih. Gerak bangun untuk makan, dia xberapa larat sampai satu tahap nak bukak mata pun xboleh. Nak suap makan, dia tolak katanya mengantok.

28 Feb 2021
Masih lagi letih, nampak kesihatan dia bertambah buruk.aku terpaksa batalkan hasrat kerja luar kawasan, tukar dengan team lain. Tengok keadaan dia letih sangat. Hanya mampu gerak ibu jari kaki n bukak mulut sahaja.. kadang2 bukak mata sikit.

1 Mac 2021
Mak nampak nazak, mata hanya mampu terpejam, tangan kaku, tak mampu buka mulut sendiri. Hanya mampu gerakkan ibu jari kaki sahaja..Dah xmampu untuk makan ubat.

2 Mac 2021
Mak semakin nazak, aku balik rumah awal, dalam jam 4 tu aku mandi, wife aku panggil sebab nampak mak macam dh tiba waktu, masa ni nampak dia nafas laju, perlahan2 semua ajar mngucap, baca yassin dan sentiasa disisi.. tiba giliran aku disisi bisik khalimah syahadah, dalam jam 5.35 mcm tu, aku perasan tiba2 dada mak berhenti nafas..dlam 5 saat kemudian jantung gerak semula..masa ni aku nampak mata mak buka. Dah nak 2 hari mak xdapat muka mata, kalau buka pun nampak mata putih..tapi kali ni tak, lidah mak dah ke atas sikit..sambil aku bisik khalimah syahadah, aku nampak mak tarik nafas pertama dengan kelihatan sikit berkerut dahi, mungkin sakit tapi masih lg tenang..dada mak dah berhenti..kali kedua nampak mak tarik nafas dlm keadaan yg sama berkerut dahi, tapi kali ni nampak kurang sikit kesakitan dr yg pertama..perlahan2 dia lepaskan nafas dn mata terpejam, lidah mak jatuh semula ke bawah.aku tengok mak dah kaku..aku panggil wife aku periksa samada betul x mak dh tak ada..aku check nadi mmg dh xda..
Dalam hati aku kata, mak pergi dalam keadaan yg tenang, dia hadapi sakaratulmaut dalam keadaan yg tenang..bertuahnya dia.. Mak meninggal tepat jam 5:40 petang. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan, jam 11 malam semuanya selesai di tanah perkuburan..

Terukir di ingatan,


Safiah Binti Salleh
1952 - 2021

Puteri - Puteri Ku..

15 January 2020 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt,

ok berabuk kembali blog ni..2 tahun dia punya gap nak updated post terbaru...haha.

entri kali ni nak memperkenalkan puteri-puteri aku ya.

1. Nur Aisyah Insyirah (4Tahun 11Bulan)

dia punye bercakap non-stop sampai kadang2 tu xlarat nak melayan.. semua dia nak cerita, mulut xreti nak stop bercerita.😅😅😅.. tapi paling berdikari sebab kakak sulong, semua boleh buat sendiri tapi bab bergaduh dengan adik2 memang xmau mengalah..haha

2. Nur Aira Husna (3Tahun 4Bulan)

benda paling dia suka "reyau".. xboleh pakai kasut, rayau...xboleh bukak baju, reyau...xboleh bukak pampers pun reyau...paling manja teruk dia ni lah..orang buat dia xboleh, mesti reyau..kalau dia buat orang pun dia jugak yang reyau dulu..adoiiii..pening. akai banyak dan suka membebel..siapla kalau kakak ka adik dia ka kena marah, dia tokok tambah dengan bebelan dia macam mami jarum..haha

3. Nur Aina Zahra (1Tahun 8Bulan)

yang paling releks ,cool dan suka senyum..lesung pipit 22 belah pipi tu yang buat orang geram tengok...paling rapat dengan aku, lena pun bawah ketiak nak kena usap2 baru lena..pantang mengalah, tambah2 kalau kakak rebut mainan dia, tuntut sampai dapat..

semua puteri3 aku ni anak kelahiran selangor..esok2 orang mai minang cakap utara tp ic selangor jangan terkejut noh...haha..moga semua membesar dengan sihat dan menjadi orang yang berguna..amin

k salam....

I'am Back...Fuhhhhh...berabuk2

01 December 2017 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt,

Lama sungguh aku tak update blog ni sejak dah berkahwin. 1 punca dia lepas berhenti reja, laptop company kena pulangkan balik, jadi tak adala peluang nak update mengupdate ni berlaku.. Sebenarnya boleh ja update guna hp tapi malas..haha..

Last entri aku 28hb januari 2013..Dah nak masuk 5 Tahun dah..

Ok dipendekkan cerita, aku pun telah mendirikan rumah tangga pada 20hb march 2014. Sekarang anak pun dah nak masuk 3 orang..🤣🤣🤣.




Anak aku yang pertama lahir tanggal 14 februari 2015..Nur Aisyah Insyirah nama dia..

Sekarang dah berumur 2 tahun 9 bulan..

Anak aku yang kedua pula lahir pada 10 september 2016..Nur Aira Husna nama dia..

Sekarang dah berumur 1 tahun 2 bulan..

Anak aku yang ketiga pula lahir pada bulan Mei 2018..Ehh belum keluar lagi..masih lagi dalam kandungan..haha..InsyaAllah awal bulan 5 nanti akan lahir..Dijangkakan gegurl juga yang nombor 3 ni...So, decide dah untuk namakan Nur Auliya Afrina..Moga dipermudahkan ya nak oiii...

Ok dulu...nanti2 aku sambung lagi..banyak lagi perjalanan hidup dan liku2 kehidupan nak share..salam maal hijrah, assalamualaikum wbt..


Piala FA 2013 - Next Match 26 Feb 2013

28 January 2013 · 0 tengah goreng

 
Perlawanan seterusnya bakal berlangsung pada 26 Februari 2013..
 
Kelantan vs PKNS
Sarawak vs PBA P.Pinang
Pos Malaysia vs Negeri Sembilan
Pulau Pinang vs Terengganu
Kedah vs Darul Takzim (Perlawanan Tumpuan)
Sabah vs Selangor
Pahang vs Tentera Darat
T-Team vs Sime Darby
 
Aku mengharapkan kalau ada rezeki..Nak dipadankan team yang bertemu di semi final nanti :
 
Kelantan vs Negeri Sembilan
Darul Takzim vs Pahang
 
 
Apa-apa pun gomo kelate gomo..hehe =)
 
 
 
 

Wakakukz Reggae Jangan Tak Reggae

24 January 2013 · 2 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..
Sebelum tu aku nak mintak izin pada yang terlibat untuk berkongsi sedikit maklumat..Harap tak menjadikan kesalahan..=) Peace Yaww..

Minat muzik dan rentak "ska" dan "reggae"..? Apakata jom layan muzik yang dibawakan oleh sebuah band ni..Wakakukz nama diberi..1st time dengar lagu cover yang diorang bawakan "Muara Hati" yang dibawa dengan cara ska dan reggae..memang naiisss dan layan..siap berjoget-joget aku dengar..
Bagi yang nak sentiasa follow aktiviti diorang, jom subscribed kat youtube channel diorang nih :
---> klik sini "twozheproduction's channel"

Dan juga yang belum lagi berkesempatan nak dengar cover-cover lagu yang pernah diorang "merosakkan", eh maksud aku "merosakkan dengan indah" alunan ska dan reggae..1 pujian sebab jarang kita dapat dengar dan berani bawakan rentak ni..kalau dah dengar siap berjoget, aku sarankan subscribed channel diorang..Aku harap diorang ni dapat pergi jauh dan dapat cipta lagu diorang sendiri..
1...2...3...Ok jom layan..

Muara Hati (DCT & Hafiz) - Wakakukz (cover) reggae version
 
 
Pokok (MUH) - Wakakukz (cover) ska/reggae version
 
 
Sayang (Shae) - Wakakukz (cover) ska version 
 
 
Kosong (Najwa Latif)-Wakakukz (cover) Funk version 
 

Sky's The Limit (Taufik Batisah ft.Rui En) - Wakakukz (cover) reggae version
 
 
 
 
p/s : Aku doakan korang pergi jauh..kayuh perlahan-layan bro..Aku support korang dari belakang..Tahniah..tahniah..tahniah..=)
 
 
 
 
 
 
 
 

Sekadar Luahan 23-01-2013 (8:09AM)

23 January 2013 · 0 tengah goreng

Di pagi hari, terasa macam nak luahkan sesuatu..
 
Ok dah tak ada apa-apa lagi yang nak dikatakan. Mungkin kesetiaan dipandang remeh dah sekarang ni. Fokus aku hanya pada kerja, aku kerja keras untuk masa depan tapi apakan daya segala pengorbanan hanya sia-sia. Dalam hati sekarang ni dah putus harapan. Buat apa lagi aku nak bersusah payah kerja teruk-teruk sedangkan tiada pun yang menghargai apa yang aku buat. Mungkin dia tidak ditempat aku, tidak pernah hadapi kesusahan. Apabila nak apa, semua ada. Tidak mengapa, cukuplah sekadar aku mampu gembirakan hati aku sendiri. Susah senang biarlah aku sendiri yang menanggung. Bagi aku kesetiaan itu sangatlah penting, ditambah dengan usaha kerja keras. Harap aku dapat hadapi masa mendatang dengan tenang.
 
Kehidupan yang dilalui ni kelakar..=)
Biar lambat, lambat laun dapat juga..
Tanamkan niat, fokus pada kerjaya..yang lain tolak tepi..=) (kamu kuat)
 
Salam..

Esok kerja ?? Arghhhh...

01 January 2013 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..

Esok dah kembali bekerja..Oh tidak..Inilah jadinya apabila dapat cuti panjang-panjang. Maka, kemalasan tahap super telah melanda untuk kembali bekerja..Ish..Ish..Ishhh..Jangan malas-malas, nanti kena potong gaji..So, malam ini kena bertungkus-lumus menyiapkan "Preventive Maintenance Monthly Schedule" yang ada sedikit lagi belum diselesaikan..Kemudian, bersiap sedialah kamu untuk bekerja tanpa cuti selama 2 minggu.=P..

Nak dijadikan cerita, bertambah lagi kemalasan diri apabila esok 2hb januari, aku pula yang memulakan untuk datang OT awal pagi..Seawal 6 pagi dah kena sampai kilang..Untunglah rumah dekat, tak perlulah aku kelam kabut sangat..=)..Then, claim OT 1jam..Hehe..



p/s : kena kerja rajin-rajin, baru murah rezeki dan rezeki melimpah-ruah..rezeki yang dapat pun barulah ada keberkatan.."kan dah nak kahwin"..=) kan..kan..

1st Entri 2013 - Alhamdulillah syukur

· 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..
Pertama sekali syukur alhamdulillah kerana diberi kesihatan yang baik untuk menempuh dan melalui hari-hari mendatang dalam tahun baru 2013. Hari ini 1 Januari 2013, bermulalah hari baru bagi aku.. Tahun 2012 ditinggalkan dengan pelbagai episod suka dan duka, tangis dan tawa. Dalam kesempatan ini juga, aku bersyukur kerana pembedahan yang dilalui oleh ibu tunang aku semalam berjalan dengan lancar.. Kini ibunya berada dalam keadaan stabil dan semakin pulih.. Alhamdulillah..

Antara episod-episod terbaik dan positif sepanjang 2012 :-

  1. Kenaikan status dari Assistant Engineer I -> Assistant Engineer II dan diberikan tanggungjawab sebagai Team Leader Unit.
  2. Berlangsungnya majlis pertunangan aku bersama pasangan.
  3. Dipermurahkan rezeki, dan rezeki yang ada dapat membuka dan memulakan pembayaran akaun ASB mengikut kemampuan.
  4. Kejayaan layak ke NHC (New Honda Circle) Malaysian Convention dan memperoleh tempat ke-7 dari 12 kumpulan yang sertai.
Mengharapkan tahun 2013 diberi kemudahan dalam segala urusan dan lebih baik dari tahun 2012..=).. Selamat Tahun Baru 2013 buat semua..=)







Kamu Saja & 150 Juta - Ainan Tasneem (Official MTV)

31 December 2012 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..malam sebelum menyambut tahun baru 2013 ni..Apa kata kita layan dulu Official MTV terbaru dari Ainan Tasneem iaitu "Kamu Saja" dan "150 Juta"..

Kredit to : mvmproduction68

Kamu Saja - Ainan Tasneem Official MTV
Lagu/Lirik : Ainan Tasneem

150 Juta - Ainan Tasneem Official MTV
Lagu/Lirik : Fynn Jamal


p/s : Selamat tahun baru 2013 semua...=)



Padang Kota..Sweet Memory

30 December 2012 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..

Macam yang dah dikaborkan di entri yang sebelumnya..So, semalam sabtu 29hb disember aku keluar berjalan2 dengan "tunang"..Mula2 persinggahan pertama di Prangin Mall, memulakan hari dengan menjamah Pizza Hut..Sampai muncit2 kekenyangan tunang aku tu..=)..Then berjalan2 sekitarnya shopping sikit..Juz sempat membelikan tudung buat dia..Lewat petangnya, perjalanan diteruskan ke Padang Kota..Pekena Laksa Penang, Coconut Shake dan juga Air Kelapa (Fresh dari buah)..

Si pipi bulat aku sedang menikmati air kelapa..hehe..
 
berlatar-belakangkan keindahan air laut ..=)
 
 
p/s : Doakan kesihatan yang baik buat ibu tunang aku yang bakal menjalani pembedahan pagi esoknya..Moga dipermudahkan segalanya..(Si dia) sedang menemani ibudannya sekarang ini di hospital..:'(..





S-E-L-A-M-A-T B-E-R-C-U-T-I

29 December 2012 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan selamat malam..

Sekarang tepat jam 1:20am 29hb disember 2012..terdetik hati nak update entri pulak.. Baru saja dapat cuti 22,23,24,25hb disember yang lepas, kerja 3 hari dapat lagi cuti 4 hari 29,30,31,1hb..wahh, kelas kau maria..kelaaaassss...

 

Dan yang membuatkan aku senyum lebar sampai ke cuping telinga, hujung bulan dapat gaji dan BONUS lah..Alhamdulillah rezeki2..hehe.. Then plan untuk 29hb ni, keluar jenjalan bersama "tunang" tersayang..=)..Dahulu kala, time cuti keluar lah sorang2..Sekarang ni berdua lah pulak..=)..Semoga hari esok dipermudahkan segalanya..Salam

23.12.2012 Selamat Bertunang =) Part II

25 December 2012 · 3 tengah goreng

Assalamualaikum wbt.. Bagi entri kali ni, aku nak kongsikan sedikit sebanyak gambar sekitar berlangsungnya majlis pertunangan aku dengan calon pilihan hati..Majlis yang bersederhana, simple tetapi meriah dengan adik beradik yang hadir..=)

semasa sesi penyarungan cincin..haaaa..cium tangan amik bau bakal mak mertua ya..=)
Bersama pasangan pilihan hati..23/12/2012..=)
Mak-mak mertua bergambar bersama pasangan anak dan bakal menantu..=)
Bersama ahli2 keluarga belah lelaki (aku)..=)
Sesi bertukar barang-barang hantaran..comei tembikai tu..=)
 Gadis pilihan hati..=)
 
Berakhirnya sedikit sebanyak gambar2 semasa majlis berlangsung..Ini bahagian yang ke-II..Bahagian yang ke-III akan menyusul untuk entri yang seterusnya..=)...  Assalamualaikum wbt.
 
 
 

23.12.2012 Selamat Bertunang =) Part I

23 December 2012 · 2 tengah goreng

      Assalamualaikum wbt dan selamat malam buat warga blogger.. Syukur Alhamdulillah harini 23hb disember 2012, terikat sudah aku dengan status "bertunang" dengan gadis pilihan hati.. Syukur juga harini cuaca sangat sangat sangat elok dari pagi hinggalah malam.. Buat pengetahuan 22hb disember 2012, hujan lebat turun seawal jam 1.30ptg hinggalah ke malam..Alhamdulillah harini dimana berlangsungnya majlis pertunangan aku, cuaca indah sekali dr awal pagi hingga malam..=)

Oklah, tentang majlis bertunang, hanya dilangsungkan secara ala kadar..bersederhana.. Hantaran pula, sebelah lelaki (aku lah tu) "9" dan dibalas oleh pihak perempuan "11"..

 ni adalah hantaran dari aku..simple n kiut miut kan..kan..(cer angguk kepala)..ok tq coz angguk..hehe
kek engko..secret recipe lok tu..hoho..
 
 Dan diantara barang hantaran yang paling aku terpikat, suka dan minat sangat2 adalah :

1. Jambangan coklat (Moni Homemade Chocolate Penang)
coklat berbentuk bunga ros dihias didalam bakul bersama hiasan bunga2 yang ala tomei-tomei..
2. Telekung
telekung dihias dan dicorakkan bentuk kelopak bunga..dahla warna purple..kiutnya..
3. Buah-buahan
Okeyh, hat ni aku gubah dan susun atur sendiri..ini jer yang pandai..hoho
4. Chocolate (with word)
Okeyh hat ni pun dari (Moni Homemade Chocolate Penang)
sangat kiut dikenakan dengan campuran coklat design bunga dan love..tertulis pula "engagement zairi nani"..
 
 
Simple saja kan..tapi tampak kemas dan kiut miut..hehe. Majlis berjalan dengan lancar dan Alhamdulillah kita kami berdua telah terikat dengan "pertunangan".. Doakan moga dipanjang jodoh hingga ke jinjang pelamin..Amin..



p/s : Gambar pertunangan akan diupload dalam post yang seterusnya..=)












Ekspedisi 1 - Amik berkat pengantin

07 October 2012 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..KAWIN..?? seronok kan bila dapat tengok pasangan pengantin duduk bersanding atas pelamin, berjalan diapit pasangan dengan paluan kompang...waduh, tengok macam wow best kot.(macam ada percikan bunga api atas kepala)..haha..

kredit picture dari RGB Colours Production  <-- (klik utk maklumat)


Semalam sorang kenalan melangsungkan majlis perkahwinan di Jalan Datuk Kumbar, Aloq Staq..semata2 nak tengok orang kawin, sanggup gak aku runner pergi sana naik moto sorang2..sebelum sampai kawasan rehat gurun, kedebooommm hujan lebat kot..100% aku termasuk moto lencun kena air hujan..nak berhenti memang xdapat la, so perlahankan moto 80km/j dan meneruskan perjalanan dalam keadaan basah lencun..4~5km sebelum sampai kawasan rehat gurun, cuaca cerah balik..haha..sepanjang perjalanan dari kawasan rehat gurun ke aloq staq, aku xpakai sweater, bju kemeja pun aku bukak butang separuh..proses pengeringan secara semula jadi bermula..Alhamdulillah sampai aloq staq, bju n sluaq aku kering..kasut dan stoking ja yang xkering sepenuhnya..haha

Tapi xkisahla basah lencun pun, lagi pun ni kali ke-3 aku lencun atas highway..1st masa turun gurun, 2nd masa balik dari ipoh, 3rd adalah semalam ke aloq staq..Yang penting sampai rumah pengantin, kena amik berkatla..bergambor dengan pengantin..haha..rugila datang jauh2 basah2 xbergambor..maka terlaksana ekspedisi semalam untuk jumpa pengantin dan bergambor..Bila lah pulak ekspedisi member2 datang ke majlis aku..?? doa2kan lah yerrr..


MISI SELESAI =)






Target aku Sept12-Oct13

05 October 2012 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..salam jumaat buat semua..hanya sekadar entri perkongsian untuk semua..setiap hidup kena ada matlamat dan target..so, target terbaru aku bermula dari september 2012 sehingga October 2013 adalah untuk mencari, mengumpul, himpun, cekau dan yang sewaktu dengannya RM15,000..apabila dihitung tempoh yang ada adalah selama 14bulan..Adakah ianya suatu yang pasti ataupun xmungkin berjaya..??Aku ada buat kira2..

Total = rm10k sahaja yang dapat aku kumpul dalam tempoh 14bulan..ini hanya sekadar congakan kasar..dan mungkin boleh berubah or bertambah..InsyaAllah..Ini cabaran bagi aku yang perlu aku harungi..bagi yang bekerjaya,ad pangkat tinggi, gaji besau,maybe xmenjadi masalahla kan..ntah2 xsampai setengah tahun dah dapat kumpul 10k..bagi aku, kena kerja keras sikit..

Orang kata biar susah2 dahulu, senang2 kemudian..yang senang bersiap2lah sebelum susah..hehe..yang penting setiap apa yang kita lakukan, biarlah dengan cara yang jujur terutama apabila bersangkut paut dengan duit..kalau dari cara yang xbersih, maka xkan redha sebanyak mana duit yang kita ada, tetap akan habis tanpa kita sedari..biar lambat asalkan dari sumber yang halal, dari titik peluh kita sendiri..Bagi yang datangnya dari keluarga yang berkemampuan tu, bersyukurlah, itu adalah rezeki dan kurniaan pada diri anda..gunakan sebaik2nya..sebab apa, bukan senang nak mencari sumber pendapatan ni, apabila dah menempuh dan melaluinya, barulah kita tahu betapa sukarnya..

So, pasang niat yang ikhlas..rm15k perlu aku laksanakan, dengan sumber yang halal dan dari titik peluh sendiri..Cabaran...Cabaran...target anda..??fikirkan, cabar diri anda..=)..dari situ, kita akan tahu erti kehidupan yang sebenar...salam





hero perjalanan jauhku..

04 October 2012 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt..
hanya sekadar entri kosong, mengisi waktu kekosongan yang sedia kosong-kosong ni..InsyaAllah 6hb ni, akan nak turun aloq staq sat p kenduri kawen kawan..So, dengan bertemankan hero perjalanan jauhku ni (my legenz) herokah..??hehe..hope selamat pergi dan balik hendaknya..Ala aloq staq ja pon, xsampai 100km..kiki

legenz kesayangan..hasil titik peluh kerja aku membelinya..
dibelai dengan penuh kasih sayang..tiap2 bulan tukaq myak hitam, petrol plak ron97..wow..haha..nak jaga enjin..kiki

seronoknya dapat berjalan jauh..asyik berada dalam penang ja..hehe.lagipun dapat cuti 2 hari, sabtu dan ahad..=)..jom mau gerak g kerja dah..salam...






Bertunang..?? Betul Ke Bohong :)

28 September 2012 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam jumaat buat semua..
 
gambar sekadar hiasan..kiki
 
Alhamdulillah pejam celik pejam celik, dah nak bertunang...eh siapa yang nak bertunang nih..?? bilakah..?? betoi ka ke ura-ura ja nih..?? yang itu kena tunggu..hehe..cuma mengharapkan doa dan sokongan dari semua pihak agar perlaksanaan nya berjalan dengan lancar nanti..=) amin..
 
 
 
 
 
 

NO money($$) NO respect!!

23 September 2012 · 0 tengah goreng

Dunia sekarang memang dah menggunakan formula macam ni :-

(no money = no respect)..

Memang wujud segelintir masyarakat kita yang berpemikiran macam ni..sedar xsedar ianya akan melukakan hati seseorang..Buat pengetahuan memang ya segala-galanya sekarang ini memerlukan duit..Duit boleh dicari..hmmm entahla..Mungkin bila dilahirkan dalam situasi kekurangan ni memang dipandang rendah dan jadi bahan ja kot..Xpela, aku bangga jadi diri sendiri, hasil dari titik peluh sendiri dari mengharap dan menumpang kekayaan dari orang lain..memang lambat tapi aku xpernah menyusahkan orang lain..terima kasih banyak-banyak atas hinaan itu..Membakarkan lagi semangat aku untuk buktikan orang yang dipandang rendah ni mampu berjaya kelak..





Raya & Si Dia 2012

23 August 2012 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah hari ni dah masuk raya ke-5, pejam celik dah 4 hari kita menyambut lebaran..huhu..Semalam raya ke-3 aku mengambil kesempatan untuk menyambut raya bersama si dia..dengan cara yang sederhana..lalala

naik bas sama2...naik feri sama2...mengimbau kembali zaman2 ketika sekolah dulu.sangat naiisss..

 perjalanan terhenti di Pizza Hut Queensbay Mall..hehe..

Kami berdua ni nampak je kecil dan kurus tapi bila makan, memang selera yang amat..xsedar dah termakan terlalu banyak...hehe..

Seharian bersama si dia..mybe ini adalah last dapat keluar beraya bersama..Next year, sia dia dah mula bertugas di hospital, so hari raya terpaksalah bekerja..hmmm..






Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H

17 August 2012 · 0 tengah goreng

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua..

Dikesempatan ini saya "Muhamad Zairi Bin Marzuki" bersama pasangan saya yang masih belum diijabkabulkan lagi "Siti Haslina Hasni Bt Wan Chek", dengan ingatan tulus ikhlas ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H bagi tahun 2012" ini buat semua rakan2 blogger dan juga seluruh warga Malaysia yang beragama Islam..

Tangan dihulur memohon kemaafan sekiranya ada menyakiti mana2 pihak..Mengharapkan Aidilfitri kali ini kita semua bermaafan sesama kita dan meraikannya dengan penuh gembira dan bersyukur..

Doodle raya nie khas aku buat untuk semua rakan yang mengenali..Salam Aidilfitri semua ...=)

(klik gambar utk lebih jelas)

Setitik embun dipohon rimbun,
Di atap nipah air bergenang,
Dosa bertimbun mohon diampun,
Salah dan silap jangan dikenang.


p/s : kepada semua rakan2 blogger yang pulang ke kampung halaman tu, berhati-hati ketika memandu ya dan mendoakan semuanya selamat sampai ke destinasi..dan buat adik2 kecil, jangan main mercun..nanti orang beraya dirumah, korang beraya di hospital..hoho 









t!nggalkan j3jak s3kal! yeRr

Ampersands & angle brackets need to be encoded.
Related Posts with Thumbnails

Corat-Coret

^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^
Tahun Baru 2020
nak meluaskan bidang kerjaya dan menstabilkan ekonomi family dan diri sendiri..bebas dari hutang yang membebankan..insyaAllah..amin.

^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^


Geng2 sEt!a

p3ngunjUng k3hOrmat