Popular Posts

kisah-kisah kue

<::3 s3rangk@i ++::>

29 August 2010 · 0 tengah goreng

Dalam minggu nie macam2 penyakit aku dapat...
mula2 sakit perut tahap dewa sampai ke pagi aku jadi ahli mesyuarat toilet...
sakit dia xperlu nak cakap la..
sampai lenguh kaki aku dok ulang alik...
nak buat apa reja pown xsenang duduk..
lepas sakit perut da hilang,kepala pulak buat pening2...
kalah orang dok mengandung tuh...
dia punya berdenyut macam nak cabut ja kepala taruk atas paha then tempeleng cikit sekali dua....haha..malam tue aku pekena panadol 2biji...
tp mlm tue selang sejam aku telan lagik 2 bijik...amik ko...
xilang gak aku tatawla.....
soknya baru la nak lega...lepas lega binatang laen pulak yang mai...
selesema..tapi aku xpnah nak panggil selesema..
aku lebih suka panggil selesedung...nampak stylo cikit..
huhu...
nak dikatakan ubat selesema warna kuning tue da habis..kena ubat len memang xdak effect..selesedung aku melanda dalam 2,3 hari gak sehinggalah skunk nie...
dok xilang2 lagi...nak cabut idung jap leyh x??...
kalo boleyh dah lama dah aku cabut tinggal kat umah...
nak pakai baru boh balik...
huhu..
yang paling aku xpuas hati semalam tiba2 ja aku batuk..
siot tol..secara spontan lak tue..
start ja batuk memang xberhenti dahla...
berkokok siang malam...
aku dah leyh amik tugas ayam tiap2 hari...
tukang kejutkan orang...
huhu..
batuk xilang lagi mai pulak demam,..
yang nie paling aku benci coz aku kalo demam memang secara automatik kemalasan tahap cipan nanti datang...
nak buat apa benda pown jadi cam batu konkrit dok atas kaki tangan tue...
urmmmm....
bila lah nak hilang suma nie...
dugaan bertubi2 dok mai kat aku bulan posa nie...
hope cepat hilang la suma nie...
aku dah malas mleleh ja...
nak gak cargas kembali...
nanti nak p beli seluaq ngan baju nih...
xsihat xmsyuk la...
huhu...

roger 
n 
out..

hack3d...!!

25 August 2010 · 4 tengah goreng



Hari ni aku nak share ngan korang sume tuto cara nak crack WiFi dgn menggunakan OS Windows korg especially Windows XP ngan 7

Ok,skang ni korang kna sediakan benda-benda yang aku listkan kat bawah ni dulu:

1. Windows XP ngan Windows 7

2. Then korg download 2 software nie "dotnetfx" dan install


3. Software
Commview 6 Full (BR) + Crack 
download disini

4. Software aircrack-ng-1.1-win
download disini

Ok kalau dah memenuhi syarat-syarat di atas korang boleh teruskan ke langkah yang berikut.
Install software CommView dan ikut arahan yang di berikan. Bila ada question box yang keluar
tanya nak update driver. Korang mesti pilih untuk update driver wifi korang kepada driver yang telah di patch oleh CommView, senang kata korang next aje sampai habis.

Lepas tue korang extrack file aircrack.zip ke mana folder yang korang suka.
korang dah boleh start run kan program CommView.

Langkah 1:

Klik pada start "capture"



Langkah 2:

Klik pada "start scanning"


Langkah 3:

Kalau adapter korang betul support korang akan nampak macam nie.

Langkah 4:

Korang boleh tengok dekat box sebelah kiri adalah senarai wifi
yang ada dalam kawasan korang dan chanel wifi dan juga sebelah kanan korang boleh dapat tengok nama wifi,mac address,singal level. Sekarang korang klik dekat nama wifi sasaran korang. Kemudian klik “Capture"

Langkah 5:

Kemudian korang klik dekat kolum “Packets”, dan buat sorting pada kolum “Protocol”. Cari “ENCR.DATA” dan korang hightlight kan seberapa banyak yang boleh.

Langkah 6:

Kemudian right klik pada “ENCR.DATA” yang korang higtlight kan tadi. Pilih send packet >selected


Langkah 7:

Korang ikut apa yang aku bulatkan macam dalam gambar kat bawah ini. Lepas tue korang klik send dan minimize windows tue.

Langkah 8:

Sekarang korang pergi pulak kat kolum “Logging” dan ikut seperti di bawah


Langkah 9:

Sekarang korang biarkan Program commview capture data-data yang di perlukan. Berapa lama korang kene tunggu bergantung pada berapa ramai orang yang sedang mengunakan wifi itu, lagi ramai lagi bagus.

Langkah 10:

Bila korang rasa macam dah cukup data yang korang kumpul. Korang klik pada kolum “Loggin” kemudian klik “Concatenate Logs…” kemudian pilih semua file yangtelah di auto simpan tadi(boleh ikut pada tarikh dan masa pada nama file) klik open

Langkah 11:

Berikan nama dan klik save

Langkah 12:

Klik pada “NO” bila option ini keluar.

Langkah 13:

Kemudian pilih File>Log Viewer

Langkah 14:

File>Load Commview Log

Langkah 15:

Open file yang korang savekan tadi

Langkah 16:

File>Export Logs>TCP Dump Format letak nama file dan tekan save. Minimize kan semua windows.


Langkah 17:

Open folder AirCrack >bin>Aircrack-ng GUI.exe

Langkah 18:

Klik choose untuk pilih file yang korang savekan tadi dlm format *.cap kemudian klik launch


Langkah 19:

Korang akan nampak pada baris awal nama wifi sasaran korang dan IV yang teleh di tangkap. Korang masukan nombor yang ada pada nama wifi korang dan tekan enter (kalo ade 1 je wifi, die akn auto select)

Langkah 20:

Tunggu sehingga proses cracking wifi key habis. Kalau keluar serperti gambar di bawah maksudnya data yang korang kumpul belum cukup lagi, so korang kene tunggu lagi dan ulang daripada langkah no 10.

Akhirnya berjaya menghack wifi key.


p/s: cara ini hanya untuk dapatkan wifi key yang berjenis “WEP” untuk wep key “WPA-PSK” caranya hampir sama cuma perlukan sedikit tambahan dan pengubahsuaian.

Terke3nangkan @rwah

23 August 2010 · 1 tengah goreng



AL-FATIHAH

Pagi2 nie terasa jari teringin sangat nak menaip untuk update blog nie...walaupun sebenarnya sayu rasa..xpela juz nak luahkan apa yang ada dalam hati...dalam beberapa hari ni, aku asyik teringat kan pada arwah ja...arwah yang dimaksudkan adalah arwah akak aku "NOR AIDA BT MARZUKI" yang telah kembali ke rahmatullah 8 tahun yang lepas iaitu ketika aku berada di tingkatan satu...ketika tue umo arwah baru ja 18 tawun....makin kita meninggalkan ramadhan hari demi hari, terasa syawal makin menghampiri...makin sayu rasanya...

sebenarnya sejak konflik family 6 tawun yg lalu, baru sekali aku menziarahi kubur arwah...jenazah arwah dikebumikan di kg ayah kat merbok..tue yang susah cikit coz ak memang xberapa rapat sangat dengan family blah ayah aku tue...gpown selepas mak n ayah aku bercerai, memang xjejak kaki dahla kat merbok tue...seingat aku da 5 tawun xziarah kubur arwah....insyaAllah tawun nie awal pagi syawal aku akan pergi ziarah...aku dah set dengan abang aku dah nak pergi....nak xnak kena pergi gak,walaupun dulu masa hayat arwah ad,aku la yang selalu mengusik2  dia, buat dia marah sume tapi sekadar bergurau2...biasalah masa tue aku kecik g...xbuas kat luar tapi dalam rumah ja buas...

pikir2 balik sian kat arwah tapi arwah nie baik...lepas abis ja spm, arwah keje sementara kat mc donald, nak dikatakan tiap2 hari aku dapat makan burger mc D..sedap sangat2 n arwah gak tiap2 minggu mesti belikan aku happy meals coz tawu aku suke dengan mainan2...kalo dulu kat rumah memang banyak sangat mainan mcD yang aku simpan sampailah sekarang...start dari hello kitty,monster inc dan macam2 lagi...lepas ja arwah akak meninggal, memang dah xderla nak makan2 mc D lagi...kalo nak diikutkan dah xpernah kot makan mcD dah smpai sekarang...urmmm...



said : "akak,1 syawal nanti adik  akan ziarah kubur akak ya...dan sedekahkan al-fatihah buat akak, mudah2 han akak gembira disana"....

h!km@h r@madhan

16 August 2010 · 0 tengah goreng

Diriwayatkan pula daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata : Rasulullah s.a.w., telah pun bersabda :
“Jika datang bulan ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup, dan syaitan-syaitan dibelenggu.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Ada lagi hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda :
“Apabila tiba bulan ramdhan maka syaitan-syaitan serta jin-jin jahat diikat”
(Riwayat Tirmizi, Nasa’I dan Ibnu Majah)



Al-Allamah Muhammad bin Muflin berkata :
"Syaitan-syaitan dirantai dibelenggu pada bulan ramadhan", sesuai dengan zahir hadis tersebut. Atau yang dimaksudkan adalah syaitan-syaitan jahat sebagaimana dalam lafaz ini.


Demikian pula Abu Hatim Ibnu Hibban dn ahli ilmu yang lain memastikan hal ini. Namun ia tidak bermakna
membunuh kejahatan tetapi hanya memperkecil kerana kelemahan mereka tersebut.


Beliau berkata :

"Imam Ahmad memahaminya sesuai dengan makna zahirnya."


Abdullah bin Imam Ahmad  berkata :

"Aku pernah bertanya kepada ayahku kalau benar syaitan dan jin diikat pada bulan ramadhan, mengapa terkadang kita melihat orang gila dan kemasukan jin atau syaitan pada bulan ramadhan?".


Beliau menjawab :

"Begitulah bunyi hadis tersebut dan janganlah kamu cuba hendak menpersoalnya lagi."



Beliau berkata :

"Kerana prinsip Imam Ahmad tidak boleh mentakwil hadis melainkan dengan apa yang sudah ditakwil oleh orang-orang salaf; sekiranya orang-orang salaftidka mentakwilnya maka dia pun tidak melakukannya."


diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda :


"Umatku diberi lima hal yang tidak diberikan kepada umat sebelum mereka : Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah S.W.T.,daripada bau minyak kasturi, malaikat memintakan ampunan bagi mereka sehingga mereka berbuka, setiap hari Allah S.W.T. menghiasi syurga-Nya lalu berfirman "sebentar lagi hamba-hambaku yang salih akan dilepaskan dari beban dan gangguan yang datang kepadamu, diikat padanya syaitan-syaitan jahat dan tidak diizinkan masuk ke tempat yang mereka boleh masuk pada hari yang lain, dan mereka diampuni pada hujung malam."



Ditanyakan :

"Ya Rasulullah, itukah Lailatul Qadar?"



Rasulullah s.a.w., menjawab :
"Tidak, tetapi orang yang beramal ditunaikan pahalanya apabila sudah melakukan amalnya."

t!nggalkan j3jak s3kal! yeRr

Ampersands & angle brackets need to be encoded.
Related Posts with Thumbnails

Corat-Coret

^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^
Tahun Baru 2020
nak meluaskan bidang kerjaya dan menstabilkan ekonomi family dan diri sendiri..bebas dari hutang yang membebankan..insyaAllah..amin.

^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^~^


Geng2 sEt!a

p3ngunjUng k3hOrmat