Popular Posts
-
Assalamualaikum wbt.. Pertama sekali syukur alhamdulillah kerana diberi kesihatan yang baik untuk menempuh dan melalui hari-hari mendatang ...
-
Assalamualaikum wbt..malam sebelum menyambut tahun baru 2013 ni..Apa kata kita layan dulu Official MTV terbaru dari Ainan Tasneem iaitu ...
-
Alhamdulillah..23hb dan 24hb, 2 hari yang aku mohon cuti dari bekerja..Sangat teruja sebab dapat merehatkan fikiran, minda, emosi serta semu...
-
24 Feb 2021 Mak dah boleh discaj wad dan balik rumah..Aku bagitau nanti balik, duduk bertam indah rumah mak mertua..Senang nanti ada kawa...
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua..
Dikesempatan ini saya "Muhamad Zairi Bin Marzuki" bersama pasangan saya yang masih belum diijabkabulkan lagi "Siti Haslina Hasni Bt Wan Chek", dengan ingatan tulus ikhlas ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H bagi tahun 2012" ini buat semua rakan2 blogger dan juga seluruh warga Malaysia yang beragama Islam..
Tangan dihulur memohon kemaafan sekiranya ada menyakiti mana2 pihak..Mengharapkan Aidilfitri kali ini kita semua bermaafan sesama kita dan meraikannya dengan penuh gembira dan bersyukur..
Doodle raya nie khas aku buat untuk semua rakan yang mengenali..Salam Aidilfitri semua ...=)
(klik gambar utk lebih jelas)
Setitik embun dipohon rimbun,
Di atap nipah air bergenang,
Dosa bertimbun mohon diampun,
Salah dan silap jangan dikenang.
p/s : kepada semua rakan2 blogger yang pulang ke kampung halaman tu, berhati-hati ketika memandu ya dan mendoakan semuanya selamat sampai ke destinasi..dan buat adik2 kecil, jangan main mercun..nanti orang beraya dirumah, korang beraya di hospital..hoho
Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah hari ini genap 6 hari kita berpuasa, pejam celik pejam celik nanti dah hari terakhir..huhu. Yang menjadi masalahnya sepanjang 6 hari menyambut ramadhan ni, aku telah dilanda selesema tahap maksimum "air hidung mencapai paras bahaya".."amaran tsunami"..huhu.
ok abg2 kakak2 sekalian..ini adalah hidung..nampak?nampak?..hehe
ini plak air terjun yer abg2 kakak2..makanya apabila nama ke2-2 gambar digabungkan..jadilah "air hidung terjun"..akibat yang keterlaluan air terjun yang terlalu banyak cabangnya, sedemikianlah juga pada hidung "memercik..aaaacummm"..kahkah
aduhai, kalau macam ni hari2, memang lembik la aku sementara menunggu waktu berbuka, hidung pulak duk buat hal..ish3, sabor jela..
Assalamualaikum wbt..straight to da point, inilah pembaharuan yang aku akan laksanakan pada legendz kesayangan aku menjelang aidilfitri nih..hope terlaksanalah dengan jayanya..
1. Full set footrest racing boy
2. Yahama seat (fokus kat seat ja tau)..hoho
Yang bawah nie plak dalam perancangan..sebab kos tinggi sikit..hoho
1. Yoshimura pipe..
mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan..huhu
Selamat pagi..jam menunjukkan pukul 12:20am 22hb jun 2012..maaf sebab tajuk entri agak kasar bunyinya tapi itulah yang aku nak luahkan sekarang ni..Aku nak bertanya 1 soalan 'hampa pernah rasa tak diperlakukan seperti "kuli barua" yang teramat?'..tak kisahla sama ada dalam pekerjaan ka, study ka mahupun dalam kerja berkumpulan..Apa yang terlintas difikiran hampa masa itu..?
Ok harini memang aku terasa sangat macam "kuli barua", sebelum ni memang dah rasa dah tapi aku diam sebab aku kerja dengan hati yang ikhlas tak banyak songeh..Tapi kadang-kadang ada batasan bagi seorang individu itu untuk mendiamkan diri..Nak kata pak turut tak jugak sebab tapi kadang2 tu melampau2 sangat sampai terbakaq hati dibuatnya..Secara jujur dan terus terang aku cakap, aku tak kisah sikit pun nak buat kerja or apa-apa dengan siapa2 tapi kena ingat "setinggi mana jawatan, se-senior mana pun hampa" dalam 1 organisasi, harus diingat orang disekeliling yang dok backup..Jangan dok anggap aku ibarat "kuli barua" hampa ja, sesedap hati nak mengarah itu ini, kadang2 menampakkan sangat betapa "low" sangat aku dimata hampa..Jenis aku apa orang dok burukkan tentang orang lain, aku dok dengaq ja masuk telinga kiri keluaq telinga kanan..Jangan sampai buat aku paku hampa semua balik..takut nanti malu nak bertentang dah kot..
Memang kenyataan bila bersama dengan kaum melayu, busuk hati, perdajal2 ni memang melayu nombor 1..aku pernah kerja dengan cina, memang jujur tak ada masalah sikit pun bahkan percaya lagi dengan kita dengan usaha yang kita buat..Aku tak tahulah apa pandangan orang lain..Bagi aku kalau orang melayu banyak amalkan "anda bekerja untuk saya" dan bukannya "anda bekerja bersama2 saya"..Itu yang menyebabkan adanya sikap nak per"kuli baruakan" orang..Kalau nak diikutkan perasaan, memang dah lama aku berhenti cuma peluang dan rezeki untuk berhijrah ke tempat lain belum ada..aku terpaksa bersabar dengan dugaan ni dulu..hmmm, entahlah..Bilalah melayu nak berubah..
Berhenti disini (noktah)